...KLIK DI SINI...

Selasa, 23 Ogos 2016

Awesomenya bercuti..



6/8 -7/8/ 2016 adalah hari yang dinanti- nantikan oleh saya pada ketika itu.Sebab setelah sekian lama tak berjumpa sahabat yang tersayang akhirnya keinginan ini menjadi kenyataan juga..yeaaay..sekian lama merancang, asyik tak jadi je..penat tau tak..akhirnya jadi juga..yeaaay..
alhamdulillah..seronoknyaaa...lagi pula inilah kali pertama saya bercuti dengan sahabat..

Day 1: Snorkeling (4.00 ptg smpai 6,30 ptg


Saya memilih Pulau Pangkor sebagai destinasi percutian memandangkan tempat percutiannya yang cantik damai...damai???mestilah, sebab pulau pangkor jauh dari kehidupan bandar, walaupun tiada banggunan- banggunan pencangkar langit dan shopping mall.,Pulau Pangkor menyambut kehadiran kami dengan desiran air laut dan bayu angin yang lembut..alahai..masa menulis nie, masih terasa lagi bayu- bayu angin yang membelai. Sungguh..lembutnya belaian angin..

Kemudahan yang pasti anda nikmati sejurus menerima pakej ini.

Welcome to Seagull Teluk Nipah, Pulau Pangkor.
Berbekalkan dengan pakej Rm170 seorang kami dapat bermalam di resort Seagull 2 hari 1 malam, Taxi and Ferry Return, aktiviti snorkeling dan melawat 3 buah pulau, Country Side dengan seorang pemandu pelancong dengan mengelilingi pulau pangkor sambil melawat tempat- tempat menarik seperti Dutch Ford, Fu Ling Kung, Satay Factory, dan History Stone. Yang berbaloinya adalah percutian ini sangat- sangat menjimatkan dan berbaloi.sungguh!!berbaloi..

Day 1- Day 2: Kemudahan van yang termasuk di dalam pakej percutian. 


Van inilah yang menemani kami sepanjang kami di sini dengan membawa kami melawati tempat- tempat yang menarik dan khidmat mengambil dan menghantar kami..HARGANYA berapa ea..?
jangan risau semuanya di dalam pakej Rm 170 seorang.






Dutch Ford adalah tempat yang terakhir kami lawati sebelum berangkat pulang. Sayang kami melawat tempat nie hanya seketika sahaja kerana masa yang mencumburui kami dan cuaca panas yang sudah naik di kepala menyebabkan kami senyum dengan terpaksa!!hehe..ketiak dah basah kan hakak- hakak nie.

Pada hari pertama ini, kami sempat melawat pulau- pulau menarik sekitar Teluk Nipah. Kami menaiki boat yang disediakan dan dibawa mengelilingi pulau- pulau berdekatan selama 20 minit. Kemudian kami terus melakukan aktiviti snorkeling di sebuah pulau yang lain. Sangat menarik dan menyeronokkan kerana tiada tempoh yang ditetapkan untuk kami melakukakan aktiviti snorkeling ini. Yang pastinya saya dapat melihat keindahan- keindahan di dasar bumi sambil melihat anak- anak ikan yang datang ke arah saya apabila diberikan makanan.

Day 1: Akhhirnya Yana dan Fairuz dapat berenang dengan jayanya hasil tunjuk ajar sifu Diba..hhaha..
Day 2: Kami menaiki Big Marble..haa..yang nie tak termasuk dalam pakej.

Terima kasih  kerana membaca.!
Peringatan: Hanya tangan yang kuat sahaja dibenarkan menaiki big marble.


Sepanjang percutian yang singkat ini, kami meneroka keindahan bumi, dan kami mula kenal erti hargai.Sayangilah alam kita kerana ia warisan sepanjang zaman yang tak ternilai harganya.




Day 1: Dalam kenangan.


BYE- BYE-BYE















Tiada ulasan:

Catat Ulasan