Marah dapat dilihat dari perbuatan, percakapannya, penulisan atau reaksi wajah seseorang. Sifat marah terjadi atas pelbagai sebab yang menyebabkan emosi seseorang itu terganggu lalu perasaan marah mula menguasai diri. Marah tidaklah salah tetapi marah biarlah bertempat dan bersesuaian dengan sesuatu situasi. Contohnya marah untuk mendidik.
dari surah Ali Imraan: ayat 133-134.
' Dan segeralah kamu kepada mengerjakan amal- amal yang baik untuk mendapat keampunan dari Tuhan kamu dan mendapat syurga yang bidangnya seluas segala langit dan bumi, yang disediakan bagi orang- orang yang bertakwa, iaitu orang- orang yang mendermakan hartanya pada masa senang dan susah dan orang- orang yang menahan kemarahannya serta orang- orang yang memaafkan kesalahan orang.'
Ini bermaksud orang- orang yang sanggup menahan kemarahnya dianggap mereka yang mempunyai ciri- ciri takwa.
Jadi cara mengatasi sifat marah adalah:
1. Menyuburkan sifat maaf
Sesungguhnya Allah menyukai hambanya yang bersifat pemaaf dan sedia memaafkan kesalahan orang lain. Rasulullah SAW sendiri menjadi teladan uama dalam kehidupan kerana akhlak baginda yang unggul dalam mengasihi dan memaafkan orang lain.
2. Memperindahkan budi pekerti
Untuk menghilangkan sebab yang menimbulkan marah, seseorang perlulah merendah diri untuk menjauhi sifat marah. Begitu juga sifat membangga diri, maka perlulah dia menganggap bahawa manusia sebenarnya adalah sama sahaja.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan