assalamualaikum..
Perkongsian ini adalah dari kisah benar saya sendiri untuk dikongsikan kepada kalian, moga- moga para pembaca tidak mencontohi sikap saya.
Perkongsian ini adalah dari kisah benar saya sendiri untuk dikongsikan kepada kalian, moga- moga para pembaca tidak mencontohi sikap saya.
Saya tahu ujian yang diberikan Allah pada kita adalah tanda sayang dariNya. Saya tahu setiap ujian- ujian dariNya ini adalah untuk mendekatkan diri kita padaNya dan pada bau syurganya. Betapa sayangnya Allah pada hamba2 yang diuji bukan..?
Sayangnya Allah pada kita, sayangnya Allah pada saya, tapi saya tak sedar dan mulai lupa diri dan pentingkn diri sendiri..nauzubillah..itulah sifat2 yang saya sentiasa tidak mahu inginkan..yang sentiasa terucap dibibir setiap kali berdoa padaMu..agar dijauhkan..agar dibuangkan sifat2 ini..Tapi saya juga hamba yang lemah, yang kerdil dan sentiasa tak lepas dari melakukan dosa dan kesilapan.
Adakalanya saya sedar diri saya menyakiti hati orang2 yang saya sayangi..penekanan di sini untuk ibu ayah saya yang amat amat saya kasihi, yang saya hormati dan saya sayangi. Pernah suatu hari, saya amat berkecil hati dengan perkataan ibu ayah saya, waktu itu saya meminta izin dari ibu bapa saya tentang sesuatu perkara yang agak berat, dimana saya mengharapkan jawapan yang baik2 dari ibu ayah saya. Entah bagaimana, takdir Allah dan penentuannya, ibu ayah yang dengan lemah lembut megatakan tidak dengan keizinan itu.
Iyaaa, pada masa itu saya hanya mengikut hawa nafsu semata2...Tiba2 air muka saya berubah dan air mata mula bertakung. Tanpa berkata apa2 saya meninggalkan ibu ayah begitu sahaja, yang pada masa itu mereka datang dari jauh (Perak) ke sini ( Johor) untuk melawat saya. Ya Allah, betapa buruknya akhlak saya, cepat2 sahaja saya bersalam dengan mereka. saya biarkan mereka berlalu pergi tanpa ucapan selamat tinggal, hati- hati.
Allah....benar2 pada waktu itu saya hanya memikirkan hati,saya tak memikirkan mereka yang semakin tua diamamah usia..saya tidak menjawab panggilan mereka yang berkali2 menghubungi. Keras kepala juga saya nie..kuat merajuk. Akhirnya saya menjawab panggilan mereka, jawapan saya di panggilan juga hanya berbasi2..sepatah yang ditanya, sepatah jua lah yang saya jawab. Mak tahu hati saya ini bagaimana bukan..?
mak berniat memujuk..saya pula ego menguasai diri..Allah..jika dapat dibuka hijab saya ini, pasti syaitan sedang melonjak2 gembira melihat diri saya ini.
Malu pada Allah pada waktu itu...Ujian ini saya dah gagal Ya Tuhan. Gagal.............
Memang benarlah Allah sentiasa sayangkan hambanya..Allahmdulillah..Allah tiupkan dalam hati saya ini kesedaran yang tiba2..dengan keizinan Allah jua, saya mula menerima keputusan itu dengan hati yang redha dan sabar. Soal sedih saya ketepikan..kerana saya tahu disebalik kepahitan ada kemanisan. Kita hanya merancang dan Allah jua yang menentukan.

Pada waktu kita diuji janganlah ketepikan ilmu2 yang kita dah pelajari. Bertindaklah mengikut kewarasan dan berhati- hatilah dengan ikutan nafsu.
Pada anda- anda semua...semoga anda tidak mencontohi sikap saya.
Pada anda- anda semua...semoga anda tidak mencontohi sikap saya.
Terima kasih mak, terima kasih ayah. |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan