...KLIK DI SINI...

Khamis, 20 Februari 2014

kita nak jadi mukmin yang berjaya..!

Salam....

Biasa dengar tak orang sekeliling kita cakap ' nak jadi orang berjaya '..??..tapi biasa tak dengar orang ckap ' nak jadi mukmin berjaya?. Mukmin..?ape ea itu mukmin, biasa kita dengar tapi kurang faham ye dok..
jadi kebetulan anda- anda dah  jenguk belog nie, mehh kita fahamkan sama- sama ea..:)
 

Mukmin atau orang mukmin maksudnya  ialah orang yang beriman dan percaya serta tiada perasaaan syak ragu kepada Allah.

CIRI- CIRI MUKMIN YANG BERJAYA
 (haa...inilah rahsia kejayaan..terpulang pada diri kita je lagi samaada nak atau tak nak.)

  1. Beriman kepada Allah s.w.t.
  2. Khusyuk di dalam solat.
  3. Meninggalkan perbuatan sia-sia.
  4. Mengeluarkan zakat.
  5. Menjaga kehormatan diri
  6. Menunaikan amanah janji.
  7. Menjaga waktu- waktu solat. 
Khusyuk di dalam solat 

"Sesungguhnya solat itu satu kewajipan yang ditentukan waktunya terhadap orang- orang mukmin."
                                                                                 
                                                                                                    (surah an- nisak: ayat 103)
Ibadat solat merupakan tiang agama yang mesti didirikan untuk membuktikan seseorang itu benar- benar menghormati tuntutan agama islam.Dengan solat yang khusyuk ia dapat menghindarkan diri kita daripada melakukan perkara keji dan mungkar. Ibadat solat hendaklah dilakukan dengan khusyuk dan ikhlas kerana Allah S.w.t. Khusyuk bermaksud mengerjakan solat dengan sepenuh hati kerana Allah s.w.t dan tidak memesongkan hati dengan perkara- perkara lain.

Terdapat beberapa cara untuk kita mendapatkan perasaan khusyuk kepada Allah s.w.t semasa mengerjakan solat dan caranya ialah:
Cara mendapatkan khusyuk di dalam solat: 
  • Tumpukan pandangan ke tempat sujud.
  • Tidak memikirkan perkara lain dan focus kepada Allah.
  • menghadirkan kebesaran, kekuasaan, dan keagungan Allah s.w.t di dalam hati.
  • Memahami dan menghayati ayat- ayat Al-Quran yang dibaca ketika solat.
Kita wajib menunaikan solat  dan perlu berusaha untuk mencapai kualiti solat supaya solat kita diterima Allah.Adakah kita yakin selama ini solat kita diterima ALLAH..? Apa pula kesannya pada kita dengan solat yang khusyuk dan bagaimana pula sebaliknya..?




KESAN IBADAT SOLAT
SOLAT YANG KHUSYUK
SOLAT YANG X KHUSYUK
Dapat memahami dan menghayati ayat2 Al-Quran yang dibaca.
Tidak mendapat fadilat drpd ibadat solat yg dilakukan.
Meningkatkan keimanan dan ketakwaan kepada Allah.
X dapat menghayati dan memahami maksud ayat2 Al-Quran yg dibaca.
Menjadikan solat yg dikerjakan lebih sempurna danmendapat pahala dari Allah.
X mendapat pahala yg sebaiknya drpd Allah.
Dapat merasai nikmat solat yang dikerjakan.
X mendatangkan kesan positif kpd seseorang.
Dapat merasai ketenangan jiwa dan  kedamaiaan perasaan yg sejati.
X memberi kesan terhadap pembersihan jiwa.

Meninggalkan perbuatan yang sia- sia

Perbuatan yg sia- sia pula bermaksud perbuatan yg x mendatangkan apa-apa faedah kpd diri, agama, masyarakat dan negara. Agama kita juga menegah kita melakukan sebarang perbuatan yg sia-sia sebaliknya mengajurkan kita mencari jalan & berusaha utk mewujudkan masyarakat yg maju, kuat & berkualiti.

Antara contoh perkara yg digalakkan untuk kita lakukan ialah :
  •  Menggunakan dan menghabiskan masa pda perkara-perkarayg mendatangkan faedah pda kita dan semua orang.
  • Mematuhi perintah Allah dan menjauhi larangannya (berusaha menjadi mukmin yg sejati dan bertakwa).
  • Melakukan amal kebajikan.
  • Menuntut ilmu pengetahuan.
 Mengeluarkan zakat

Zakat.....zakat memainkan peranan penting dalam masyarakat kita dan ia merupakan kewajupan kepada rang mukmin apabila telah cukup syarat-syaratnya.Ia dapat menjalinkan silaturahim antara orang kaya dan orang miskin di samping dapat membangunkan ekonomi masyarakat islam.


 apa pula syarat- syarat wajib seseorang mengeluarkan zakat ea..??

1. Orang Islam
(Zakat hanya diwajibkan kepada orang-orang Islam sahaja)

2. Mereka Yang Mempunyai Harta Yang Sempurna Milik
(Harta yang hendak dizakat hendaklah dimiliki dan dikawal sepenuhnya oleh orang Islam yang merdeka. Bagi harta yang berkongsi antara orang Islam dengan orang bukan Islam, hanya bahagian orang Islam sahaja yang diambil kira di dalam pengiraan zakat)

3. Harta tersebut telah cukup Nisab
(Nisab adalah paras minimum yang menentukan sesuatu harta itu wajib dikeluarkan zakat atau tidak. Nisab menggunakan nilai emas harga semasa iaitu 20 misqal emas bersamaan 85 gram emas)

4. Cukup Haul
(Bermaksud genap setahun iaitu selama 354 hari mengikut tahun Hijrah atau 365 hari mengikut tahun 


Menjaga waktu solat

Solat merupakan kewajipan dan ia menunjukkan ketaatan seseorang muslim terhadap agamanya.Sesiapa yang menunaikan solat dengan sempurna akan dijanjikan kedudukan yang istimewa oleh Allah S.W.T pada hari akhirat.

 Cara- cara menjaga waktu solat ialah:
  • Mengerjakan solat apabila masuk waktu.
  • x melengah- lengahkan dalam mengerjakan solat.
  • menjaga syarat- syarat sah solat dan rukun -rukun dengan sempurna.
  • x mengabaikan solat fardu.
Menjaga kehormatan diri

Setiap orang islam wajib menjaga maruah dan kehormatan diri mereka daripada perbuatan yg x baik.
Tujuan umat islam disuruh menjaga kehoramatan diri antaranya ialah:
  • untk melahirkan umat islam yg bermaruah & dihormati oleh umat yg lain.
  • supaya x berlaku perkara yg mendorang ke arah maksiat.
  • menghindarkan berlakunya pergaduhan dan permusuhan dlm masyarakat.
  • melahirkan keturunan dan zuriat yg suci, beramal soleh dan bertanggungjawab.
Cara menjaga kehoramatan diri :
  1. Menutup aurat dengan sempurna.
  2. x melakukan perkara mungkar.
  3. mengamalkan akhlak mulia.
  4. x melkaukan perkara yg boleh merosakkan diri sendiri.  
Memelihara amanah & menunaikan janji
 

Menjaga amanah dan menunaikan janji merupakan faktor kpd umat merupakan faktor kpd  kekuatan  dan kesepaduan umat islam. Sebagai khalifah Allah s.w.t., manusia wajib menunaikan amanah dan janjinya sama ada terhadap Allah, terhadap manusia dan alam sekitar.

cara menunaikan amanah dan janji

a) terhadap Allah:
-mengerjakan perintah Allah.(lakukan dgn sempurna, ikhlaskan hati dan lakukan dgn bersungguh- sungguh).
-melaksanakan segala syariatnya terhadap manusia dan alam sekeliling.
-memakmurkan bumi dgn berladaskan Al- Quran dan As- sunnah.
-menjaga alam dengan baik.
-sentiasa mengagungkan kebesaran dan kekuasaan Allah.

b) terhadap manusia:
-melaksanakan tugas yg diamanahkan orang.
-bertanggungjawab terhadap apa yg diamanahkan.
-sentiasa menjalinkan hubungan baik sesama manusia.

c) terhadap alam:
-memelihara alam sekitar.
-x melakukan kerosakn terhadap alam.
-x menganiayai haiwan yg tinggal di muka bumi.
-melakukan aktiviti yg boleh mengekalkan kehijauan dan keindahan alam.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan