...KLIK DI SINI...

Jumaat, 21 Februari 2014

Rahsia khusyuk solat

salaam..

Kawan- kawan,saya akui susahnya untuk khusyuk di dalam solat..tiap kali sedang solat,ada saja perkara yg terlintas di fikiran..kadang2 di dalm solat jugaklah kita baru teringatkan sesuatu yg kita terlupa..kan?..heemm...jenuh nak terus terusan khusyuk namun itulah ujian yg perlu kita atasi dan jagn trus kita biarkan solat kita trus hanyut menjadi solat yg x berkualiti dan apa lagi solat yg x diterima Allah..(nauzubillah..x nakk....)

Di sini saya kongsikan sebuah kisah tauladan mengenai ahli ibadah yg sedang berusaha untuk memantapkan ibadahnya. Semoga kisah ini dapat memberi ikhtibar kepada diri kita.
                           
 Seorang ahli ibadah bernama Isam Bin Yusuf, sangat warak dan khusyuk solatnya. Namun dia selalu khuatir kalau- kalau ibadahnya kurang khusyuk dan selalu bertanya kepada org yg dianggap lebih kuat beribadah, demi untk memperbaiki dirinya yg selalu dirasainya kurang khusyuk.

Pada suatu hari, Isam menghadiri majlis seorang abid (abid adalah perkataan arab yg bermaksud ahli ibadah) yg bernama Hatim Al- Assam & bertanya,
" Wahai Aba Abdurrahman, bagaimanakah caranya tuan solat?"
Hatim berkata " Apabila masuk waktu solat, aku berwuduk zahir dan batin." Isam bertanya,"Bagaimana wuduk zahir dan batin itu.?"

Hatim berkata, "Wuduk zahir sebagaimana biasa iaitu membasuh semua anggota wudhuk dengan air. Sementara wuduk batin ialah membasuh anggota dengan tujuh perkara:

  1. Bertaubat.
  2. Menyesali dosa yang dilakukan.
  3. x tergila- gilakan dunia.
  4. x mencari /mengharap pujian orang (riya').
  5. x sifat berbangga.
  6. Tinggalkan sifat kianat dan menipu.
  7. Meninggalkan sifat dengki.

Seterusnya Hatim berkata, "kemudiaan aku pergi ke masjid, aku kemaskan semua anggotaku dan menghadap kiblat. Aku berdiri dgn penuh kewaspadaan dan aku rasakan aku sedang berhadapan dgn Allah, syurga di sebelah kananku, neraka di sebelah kiriku, malaikat maut di sebelah belakangku dan aku bayangkan pula seoalah - olah aku berdiri di atas titian siratal mustaqim (Sirat-al-Mustaqim adalah jambatan/titian yang terbentang di atas permukaan neraka Jahannam) dan menganggap bahawa solat ku kali ini adalh solat terakhir bagiku, kemudian aku niat dan bertakbir.


 " Setiap bacaan dan doa dalam solat aku fahami maknanya kemudian rukuk sujud dengn tawadhuk(tawadhuk bermaksud merasakan seolah2 dirinya yg pling hina.), aku bertasyahud (tasyahud bermaksud bacaan duduk tahiyat awal dan tahiyat akhir) dgn penuh pengharapan dan aku memberi salam dgn ikhlas. Beginilah aku bersolat selama 30 tahun".

Apabila Isam mendengar menangislah dia kerana membayangkan ibadahnya kurang baik bila dibandingkan dgn Hatim.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan