...KLIK DI SINI...

Rabu, 21 Januari 2015

Temuduga dan ujian medsi 2014/2015

assalamualaikum dan salam sejahtera semua,kebelakangan minggu ini saya agak sibuk dengan beberapa perkara yang tidak dapat dielakkan,maaf jika ada antara pembaca di sini yang agak kecewa menunggu tanpa sudah akan kemunculan entry saya yang keseterusnya,sebenarnya kawan- kawan saya baru sahaja melalui  pengalaman istimewa yang ingin dikongsikan bersama kalian semua.

Seperti tajuk di atas,saya telah menghadiri 2 ujian medsi dan temuduga baru-baru ini,hampir setahun sudah saya bekerja dengan Proton Service Centre,macam - macam pengalaman yang saya lalui,sedikit sebanyak ia banyak mengajar diri ini dan macam- macam cerita kalau boleh saya nak kongsikan sepanjang saya kerja ni..Tpi hold dulu ea,sebab kalau cerita sekarang,nampak sangat lari tajuknyaa..ye dokk..??

PENGALAMAN BERMULA..

Saya menjalani temuduga dan ujian medsi pada mulanya dengan UTM di Skudai,Johor..memang jauh la kan pada saya yang tinggal di Kuala Kangsar nie, hampir 700km perjalanan saya dari sini,itu baru pergi sahaja..so,kwan- kawan total lah ea pergi balik berapa...memang jauh nak cari pengalaman nie,masa tu saya bermalam di rumah saudara di Johor,jadi memang jimat kos dah kat situ,makan minum,penginapan,bil air dan elektrik sememangnya FOC..alhamdulillah..bersyukurnyaa...memang berfaedah kalau kita mempunyai saudara di pelbagai rata negeri..

Sampai sahaja di Skudai,keluar je tol Skudai,sahabat-sahabat toleh sahajalah ke kiri,dalam beberapa minit tersergahlah banggunan pintu masuk UTM,gah nya tempat tu,dengan bantuan saudara kami jumpa juga akhirnya dengan fakulti pendidikan,di mana ianya tempat saya akan ditemuduga dan menjalani ujian medsi,memang la luas kawasan UTM,kali pertama menjengah kaki di situ,korang2 tau tak perasaan saya yang memang tak pernah tengok,lalu atau mimpi UTM nie macam mana..??uii...perasaan dalam hati masa tu,waaaaaa...!!luasnya tempat nie,besarnyaaa....cantiknya..hebatnyaaa.. jakun kemain lagi..hohoho

Ujian medsi bermula pada jam 8.30 pagi - 9. 40 pagi,ia mengandungi 300 soalan yang perlu dijawab dalam masa 1 jam 10 minit,ujian medsi dan temuduga nie bertujuan untuk menilai kecenderungan seseorang untuk menjadi pendidik.Soalannya mudah untuk difahami cuma soalan tu sycho kita.Dulu saya pun search mr.google tuk melihat contoh2 soalan medsi nie..korang- korang yang nak ujian medsi tu nnti,rajin2 lah ea google soalan nie jugak...emmm.. ujian medsi di UPSI soalan yang saya dapat kebetulan hampir sama dengan soalan yang saya jawab sebelum nie..cume susunan soalan je yang berbeza sedikit.

Lpas dah selesai ujian tu,terus tunggu giliran untuk interview,alhamdulillah nombor giliran saya tak lambat sgt dan tak cepat sgt..kira boleh bincang2 la dengan kawan yang dah interview tu.
Ketika saya melangkah masuk..ada 3 panel dihadapan menanti,kesemuanya melayu islam.

Antara soalan yang ditanya:

1.Perkenalkan diri awak.

2.Boleh mengajar tak apa- apa subjek yang awk suka..?

   Jawab la boleh..di sebabkan subjek favourite saya mathematics saya pun pilih subjek tu dan mengajar.Masa tu yang ingat sangat2 dengan " solution of  triangle"subjek tingkatan 4 dalam add math.Lukislah triangle bagai,kuarkan formula sikit dan bagilah 1 example soalan dan solution.Masa tu panel semua dah mula nmpk sporting,jadi hati tu makin lama makin tenang ckit dupdapdupdapnya..

3. Disebabkan saya tinggal di Kuala Kangsar,jadi salah seorang dari ahli panel tu minta saya ceritakan tentang tembikar yang terdapat di Kuala Kangsar dan diminta menceritakannya dalam bahasa inggeris.

4. Soalan jenis KBKK..Pelbagai pelajar2 OKU yang cemerlang dan mempunyai kelulusan yang baik dari pembelajaran mereka sehi9ngga mempunyai ijazah dalam pelbagai bidang yang diceburiu mereka,namun,peluang pekrjaan yang diberikan amatlah terhad dan susah untuk diterima oleh pelbagai pihak,soalan saya,bagaimana awak dapat membantu mereka?


JENG..jeng..jeng..jawab lah engkau..!!blur2 jugak masa tu nak menjawabnye..diam lah sekejap masa tu,pastu baru jawab.

5.Selesai soalan ditanya,diminta kita menjalani ujian mata..nak tau rabun ke tak kita nie..:)

lepas selesai interview,terus gerak pulang ke rumah..jauhnya nak sampai,tido bangun,tido bangun,tak sampai2 lagi..huhu
Selang 2 hari kemudiannya..saya pergi ke UPSI pula..jadual saya 8.30 pagi bermula interview kemudian ujian Medsi pula pada pukul 3.30 petang sehingga 4.40 petang.Kiranya memang seharian di UPSI,saya bertolak dari rumah awal sehari, lepas habis je kerja,malam tu terus gerak ke TM +Tanjung Malim,bermalam la di situ sehari dan keesokkannya terus mempersiapkan diri untuk menghadiri temuduga.


Setiap calon dah diberi bilik masing - masing untuk ditemuduga,setiap satu bilik kurang dari 20 calon.Masa tu interview dalam bentuk kumpulan,setiap kumpulan 4 orang.Sebelum masuk ke dalam bilik temuduga,setiap calon akan menjalani ujian mata,nak uji lah kita ni sikit,rabun warna ke tidak kita ni,lepas tu seorang pensyarah di situ akan rujuk kembali sijil2 kita untuk memastikan kesahihan maklumat,contohnya macam result sijil spm,sijil muet maklumat peribadi dan sebagainya..kemudian baru benar2 layak untuk ditemuduga.

haaa..bila dah masuk bilik tu baru kau tahu yana penangan pensyarah kat sana macam mana..hehe.
ada 2 orang yang interview masa tu,seorang melayu islam dan seorang lagi cina..keduanya-duanya lelaki.Panel yang pertama pun memulakan soalan.

1.Perkenalkan diri anda dalam dua bahasa.Dimulakan dengan Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris,

kami pun perkenalkan diri seorang demi seorang sampailah giliran saya,perkenalkan nama,umur,diploma dalam bidang apa,pekerjaan ibu dan ayah,cita-cita dan pengalaman yang dimiliki dalam bidang yang diperoleh.

2.Seperti yang kita ketahui,hujung disember ini (2014) negara kita terutamanya di utara mengalami banjir yang besar,jadi berdasarkan bidang yang awak ceburi sebelum ini,apakah yang boleh anda lakukan untuk membantu mengatasi masalah banjir..

haaa...jawab lah seorang demi seorang,kami semuanya berlainan bidang,jadi setiap pendapat adalah berbeza-beza.Selesai soalan yang kedua panel tu pun berkata,ada apa2 soalan yang hendak diajukan..?
selepas dah selesai sesi soal jawab dalam beberapa minit..kami pun bersurai.Alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar,pada sebelah petang pula,saya menghadiri pula ujian medsi di makmal komputer,selepas tamat ujian tersebut saya dan family terus pulang ke rumah..maka selesailah minggu medsi ku.. semoga dipermudahkan ALLAH urusan ku dan teman-teman sekalian.


PADA MEREKA YANG AKAN MENGHADAPINYA..

GOOD LUCK!!!













5 ulasan:

  1. skrg akak dpt tak tawaran belajar?

    BalasPadam
  2. Tq. Good Info. Sesiapa nak duduki Ujian Medsi ke Munsyi kalau nak soalan Medsi Interaktif secara online boleh cari kat blog ni http://abufarhi.blogspot.my

    Terima kasih admin... tumpang info. Semoga murah rezeki!

    BalasPadam
  3. Tq. Good Info. Sesiapa nak duduki Ujian Medsi ke Munsyi kalau nak soalan Medsi Interaktif secara online boleh cari kat blog ni http://abufarhi.blogspot.my

    Terima kasih admin... tumpang info. Semoga murah rezeki!

    BalasPadam