" Antara tanda- tanda kekuasaan - Nya, Dia telah
menjadikan kamu pasangan- pasangan untuk kamu agar
kamu dapat mententeramkan diri untuknya,serta dijadikan
perasaan cinta dan kasih sayang antara kamu."
menjadikan kamu pasangan- pasangan untuk kamu agar
kamu dapat mententeramkan diri untuknya,serta dijadikan
perasaan cinta dan kasih sayang antara kamu."
assalamualaikum..hii..over tajuknye kan..hehe..
gitulah..baru semangat sahabat- sahabat nak membaca..yek dok..?
entry kali ini tidak hanya pada mereka- mereka yang sudah bertunang sahaja, ia juga boleh dibaca bagi indivitu yang masih belum bertunang sebagai persediaan dalam menempuhi tempoh tersebut.
Seperti yang sering saya, awak..awak..dan awak dengar..Ketika menempuhi tempoh pertunangan ini, memang banyak dugaan dan halangan- halangannya. Walaubagaimanapun, setiap individu pasti mempunyai pendapat yang berlainan bukan..? dan termasuklah saya sendiri. Jika anda setuju dengan saya...kita geng owkeyyhh..!!..hii
Tips menjaga perhubungan
1. Hormat pasangan.
Sentiasa membiasakan diri dengan mengucap "terima kasih " pada pasangan dan bila buat salah, cakaplah "maaf ", atau " saya minta maaf ". hormatilah privasi pasangan kita, tolong jangan keruhkan keadaan bila bergaduh, perkara yang si dia tidak suka, tolong jangan lakukan di hadapan dia. Contohnye si dia tak suka kita korek idung depan diaa..so, jangan korek !! Hormat okeyy..
2. Berusaha ke arah yang lebih baik.
Ke arah yang lebih baik, akhlak kita, agama kita, ekonomi kita dan kesihatan kita..semua ini penting dalam konteks penjagaan hubungan. Dari segi akhlak contohnya macam nie, kalau kita dah berkawan dengan seseorang, cuba kita perhatikan akhlak atau perubahan dalam diri kita..samada lebih baik atau lebih buruk..? Jika bertambah baik..alhamdulillah..jika lebih buruk,refleksilah kembali diri kita atau rujuk kembali bersama pasangan bagi memperbaiki diri dan perhubungan itu sendiri. ingaat..bukannya menunding jari pada si dia untuk berubah, tapi diri kita sendiri...sekali lagi saya ulang..DIRI KITA.
3. Menghargai pasangan.
walaupun si dia nie tak cantik, gemok, rendah, perut buncit atau ape2 je la bagi korang yang tak sedap di mata, tak tenang di hati..korang tetap mesti puji...ikhlaskan hati puji si dia, cakaplah "saya tahu awk gemok, awk gemok dengan kasih sayang saya kan..", "manisnya akhlak awk,bagaimana tidak saya jatuh cinta" atau "saya tahuu rupa awk tak cantik! tapi iman awk menjadikan awk cantik. (jujur memberikan pujian). berikan pujian pada kelebihan2 dan kekuatan si dia..baru semangat ckit si dia..sejuk sikit hati dia..ye dokk..?. Dan tolong jangan membeza- bezakan pasangan dengan orang lain. semua orang ada kelemahan dan kelebihan masing2 kan. ada macam- macam cara contohnya memberikan kejutan pada si dia, ingat tarikh penting si dia..kalau semua tu tak mampu nak buat..tolong lah biasakan diri dengan ungkapan terima kasih.. ucaplah terima kasih kerana terima saya..terima kasih kerana jaga hubungan ni dengan baik..haa..mcm2 lah..tpi jgn jiwang sesangat..geli owwkeyy..silap2 awk khusyuk berjiwang2,,si dia gelak mengekek2..haha..
4. Awass...tolong jaga perangai anda.
Didiklah diri untuk menjadi seorang yang setia,jujur berusaha untuk mengawal diri dari mengikut hawa nafsu, sabar, cuba belajar untuk menjadi matang..contohnya mula bijak berbelanja, berfikir sebelum bertindak dan lain2. Janganlah melenting tak bertempat, atau berlagak seperti king control..tolonglah, malulah diri dengan ALLAH.
5. Bawa berbincang.
Berterus teranglah dengan pasangan apabila anda mempunyai masalah. Jika terasa hati dengan si dia atas sebab yang tak munasabahsekali pun, terus terang sahaja,(yang penting jujur apa yang diperkatakan) pasti pasangan akan lebih mengenali dan memahami anda..Begitu juga jika mempunyai perasaan ragu2 dengan si dia,atau sesuatu musibah telah berlaku dalam perhubungan, carilah masa kembali untuk menyelesaikan masalah. Jika si dia sedang marah, cuba kita dengar dan diam dahulu..begitu juga sebaliknya.Jika tidak dapat diselesaikan bersama,mintalah nasihat atau pandangan dari orang tua kita, orang yang kita hormat atau sahabat rapat kita.Namun berhati - hati ea, bukannya menyampaikan cerita pada kawan2 dari A- Z dan memburukkan si dia..awass..jaga batas- batas percakapan anda..Untuk mengelakkan dari menjadi menfitnah.Takut nanti masalah makin kusut dan hubungan dengan kawan2 menjadi rosak.
6. Doa
Mendoakan pasangan kita,perhubungan kita dan terus istikhomah dalam menjaga hubungan. Ingat,doa adalah senjata mukmin dan sabar itu manis,semanis buah bernama iman..
Kesimpulannya..
Pada pendapat saya sendiri,ketika seseorang itu telah menjadi tunangan orang sebaik- baiknya hendaklah kita mula menundukkan pandangan,sebab bimbang dalam senyap ada yang menyimpan perasaan dan harapan. Bila dah memilih bakal pasangan, hentikanlah pencarian dan melayan yang lain serta lakukanlah istikharah berterusan. Moga- moga kita selalu dalam rahmat tuhan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan