...KLIK DI SINI...

Jumaat, 10 Jun 2016

CONTOH RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN

Rancangan Pengajaran Harian



PENGERTIAN  :
 Rancangan pengajaran harian merupakan terjemahan Rancangan Pelajaran Tahunan                          yang mengandungi sekurang- kurangnya maklumat seperti objekif, cara bagaimana                            hendak  mencapai objektif dan kenyataan sejauh mana objektif itu tercapai.

MENGAPA RPH DIPERLUKAN?

  • Mengelakkan sebarang penyelewengan daripada aspek yang perlu diajar.
  • Merancang penggunaan alat bantu mengajar yang sesuai.
  • Mengajar dengan lebih sistematik dan efektif serta mampu untuk mencapai apa yang di objektifkan dalam sesi pengajaran dan pembelajaran.
  • Berguna agar guru dapat menyampaikan input pembelajaran kepada murid.
  • Untuk dijadikan bahan bukti bahawa guru telah membuat perancangan rapi sebelum masuk ke dalam kelas.
BUTIRAN YANG PERLU DICATAT:

  • TARIKH
  • HARI
  • MATA PELAJARAN
  • KELAS
  • MASA
  • TAJUK
  • OBJEKTIF
  • KEMAHIRAN YANG INGIN DICAPAI
  • AKIVITI YANG DIJALANKAN
  • REFLEKSI



CONTOH RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN

Subjek                                    : Lukisan Kejuruteraan   
                              
Tingkatan                              : 4 Mekanikal 4  
                              
Tarikh                                    : 22 Mei 2015

Masa                                       : 8.00 pagi- 9.20 pagi

Tema                                      : Lakaran

Tajuk                                      : Unit 2 (Teknik Lakaran)

Objektif Pembelajaran         : Mengetahui teknik lakaran ketika melakar.

Hasil Pembelajaran               :  Di akhir pengajaran pelajar:


                    1. Dapat menyenaraikan 2 atau 3 jenis ketebalan garisan dalam lakaran.

                    2. Dapat menerangkan perbezaan ketebalan- ketebalan garisan dalam lakaran.
                    3.  Dapat melakar garisan lurus.
                    4. Dapat melakar bulatan dengan menggunakan kaedah jejari dan  kaedah  kotak.

Masa                                       : 80  minit

Alat/Bahan Bantuan Mengajar:

1.      Power Point.
2.      Buku Teks Lukisan Kejuruteraan Tingkatan 4
3.      Whiteboard marker.
4.      Projektor

Peralatan                    :
1.      Sesiku T
2.      Papan lukisan
3.      Set Jangka Lukis
4.      Sesiku Set

Pengetahuan Lepas/Sedia Ada:

1.      Takrifan lukisan kejuruteraan.
2.       Prinsip- prinsip lakaran.
3.      Pengetahuan senarai peralatan dan bahan melukis dalam kejuruteraan.

Kaedah                       :  kaedah tunjuk cara, kaedah memberi arahan dan kaedah latih tubi.

Nilai Murni                :  Kerjasama, kerajinan dan keadilan.
Kemahiran Berfikir  :  Menjana idea, menilai, membandingkan dan membezakan

Fasa
Hasil Pembelajaran
Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran
Catatan

Set Induksi
(5 minutes)







1.        Guru menunjukkan beberapa lakaran  banggunan dan menara terkenal dalam bentuk Power Point.

2.         Guru mengemukakan soalan:

-          Apakah aspek yang penting dalam sebuah lakaran.

3.   Jangkaan jawapan pelajar:

  - Garisan lakaran
  - Bentuk lakaran

3.            Guru menerangkan
      kepentingan teknik lakaran
      ketika melakar.


Strategi:
Berpusatkan guru dan pelajar.

KBKK:
Menerangkan.

Menjana Idea (15 minit)




Dapat menyenaraikan
2 atau 3 jenis ketebalan garisan dalam lakaran.










Dapat menerangkan perbezaan ketebalan- ketebalan garisan dalam  lakaran.

  1. Guru meminta pelajar berbincang  secara berpasangan.

  2. Guru memaparkan lakaran sebuah banggunan pada slide Power Point.





  1. Guru meminta pelajar menyenaraikan berapa jenis garisan yang terdapat dalam lakaran tersebut dalam masa 5 minit.

  2. Guru memberikan penerangan tentang jenis- jenis ketebalan garisan.



KBKK:
Menerangkan,menjana idea dan mengklasifikasikan.

Menstruktur Semula Idea

(25 minit)

Dapat melakar garisan lurus.

1.      Guru menerangkan secara ringkas garisan- garisan lurus yang terdapat dalam lukisan kejuruteraan.

2.      Guru mempamerkan contoh- contoh garisan lurus mendatar, menegak dan condong.

3.      Guru menunjukkan teknik melakar garisan.

4.      Guru memberikan latihan pengukuhan Rajah 2(a ) dalam buku teks lukisan kejuruteraan muka surat 29 kepada pelajar.


Strategi:
Berpusatkan guru dan pelajar.

KBKK:
Menerangkan, membezakan dan membandingkan.


Aplikasi

(30 minit)

Dapat melakar bulatan dengan menggunakan kaedah jejari dan
kaedah kotak.

1.      Guru menerangkan secara teori dua kaedah yang lazim digunakan untuk melakar bulatan.

2.      Guru menunjukkan langkah- langkah menggunakan kaedah jejari dan kaedah kotak dengan menggunakan peralatan lukisan kejuruteraan.


3.      Guru mengajukan soalan kepada pelajar.




-              Apakah perbezaan antara kaedah jejari dan kaedah kotak.

      Jangkaan jawapan pelajar:

- Kaedah kotak perlu membuat lakaran segi empat sama dan kaedah jejari perlu melakar garisan tengah.

4.      Guru bersoal jawab dengan pelajar tentang kaedah yang sesuai digunakan.

5.      Guru memberikan latihan pengukuhan Rajah 2(b) di muka surat 30 untuk pelajar mengaplikasikan kedua- dua kaedah.



Strategi:
Berpusatkan guru dan pelajar.

KBKK:
Menerangkan, membezakan dan menganalisis.

Penutup

(5 minit)



1.      Guru mengingatkan pelajar untuk menyiapkan latihan pengukuhan sebelum kelas berikutnya.

2.      Guru merumuskan kembali secara ringkas proses pembelajaran yang berlaku.

3.      Guru memberikan semangat dan motivasi kepada pelajar sebelum kelas ditangguhkan.

KBKK:
Merumuskan.

Kerja Rumah / Tugasan:

  1. Memberi latihan pegukuhan iaitu Rajah 2(a) dan Rajah 2 (b) di muka surat 29 dan 30 dari buku teks Lukisan Kejuruteraan Tingkatan 4.

Refleksi:


Tiada ulasan:

Catat Ulasan