...KLIK DI SINI...

Selasa, 20 Januari 2015

apa ea mksud nyaa..??

assalamualaikum...
HAI..chaaaak...alooor kuci2..hii..
terima kasih bebeno ler dekat mengkome2 nie yang sudi bebeno menjenguk entry teman nie..
thanzz sbb sudi meminjamkan bebola mata mengkome untuk entry nie..
entry kali ini,saya nak share ilmu..untuk memudahkan kefahaman mengkome dan saya juga..yekk..
inshaa allah..
pembaca2 yang saya hormati..mari ikuti.. :) Moga2 apa yang saya diberikan ini memberi manfaat pada kita semua..inshaa Allah..
Banyak ungkapan yang sering kita dengari mahupun kita ungkapkan yang kadang2..kita juga masih samar-samar akan maksudnya...jadi...jom kita rungkai sama2..apa mksudnya..ea..

A

AKAD 
Ikatan perjanjian seperti lafaz ijab dan kabul.

 ASMA' WA SIFAT 
Allah SWT memiliki 99 nama yang indah bagi diri-Nya dan memiliki 41 sifat yang terdiri daripada 20  sifat yang wajib,20 sifat mustahil dan satu sifat yang harus bagi-Nya.

AWWABIN
Solat sunat yang tidak disunatkan berjemaah,waktunya antara maghrib dan isyak.

ASSYURA/HARI ASSYURA
Hari kesepuluh dari bulan muharram.(muslim digalakkan berpuasa semasa hari ini.)

AZAN
Memanggil kepada solat.

AHLUL BAIT
Ahli keluarga/rumah tangga Nabi Muhammad S.A.W


ALHAMDULILLAH
Segala puji bagi tuhan.


ASSALAMUALAIKUM
Ucapan salam "Sejahtera kepada anda".

ASTAGHFIRULLAH
Aku pohon keampunan tuhan.


AUZUBILLAH
Ku mohon perlindungan tuhan.

AURAT
Bahagian badan manusia yang harus ditutup oleh seseorang wanita di hadapan lelaki atau perempuan.


AIR MUTLAK
Adalah air yang suci dan boleh menyucikan.

AIR MUTA'MAL
Air yang suci tetapi tidak boleh menyucikan yang lain.Boleh dikatakan air ini boleh diminum tetapi  tidak sah menyucikan sesuatu.

AIR MUQAYYAH
Air yang bercampur dengan sesuatu yang suci, yang mengubah salah satu sifatnya sama ada dari segi warna,bau dan rasa.

AIR MUSYAMMAS
Air yang terjemur di bawah panas matahari bagi negeri - negeri beriklim panas.

AIR MUTANAJJIS
Air yang telah terjatuh najis ke dalamnya sehingga berubah warna,bau,rasa walaupun jika dicampur hingga kadar 2 kolah.

B

BERMARWAH
Menghiasi diri dengan budi pekerti yang mulia tuturkata, tingkah laku, pakaian dan pergaulan.

BAITULLAH
Rumah Allah,masjid.


BARZAKH
Hidup selepas mati di mana roh yang telah mati dipindahkan seberang perbatasan dunia manusia ke dalam dunia rohaniah.

BINTI
Anak perempuan.


BAIAT
Suatu sumpah kesetiaan pada seorang pemimpin.

BALIGH
Cukup umurr atau dewasa (mengikut pandangan islam, biasanya apabila mencapai umur antara 9-12 tahun bagi perempuan dan 12- 15 tahun bagi lelaki) menurut perkiraan kalendar Hijrah.

BASMALAH
Ucapan bismillahirrahmanirrahim (Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha penyayang.)

BIDAAH/BID'AH
Segala sesuatu yang diadakan bercorak keagamaan yang tidak ada contoh dari Nabi s.a.w dan sahabatnya./Sesuatu yang baru dalam agama yang telah sempurna. “Pada hari ini Aku telah sempurnakan bagi kamu agama kamu.” (Surah Al-Maidah:3)


D

DARURAT
Keadaan yang mencemaskan atau menyusahkan (biasanya yang berlaku dengan tiba-tiba atau dengan tidak disangka-sangka),kesukaran yang timbul dengan tidak disangka-sangka.

DAJJAL
Bererti penipu atau tidak boleh dipercayai.

DIYAT 
Harta yang wajibdibayar dan diberikan oleh penjenayah kepada wali / waris mangsa sebagai ganti rugi.


F


FASIQ /ORANG FASIQ
Menyimpang dari agama & cenderung pada kemaksiatan/orang yang menyaksikan tetapi tidak menyakini dan melaksanakan.

FAJIR
Orang berilmu dan berakal tetapi tidak beramal dengan ilmunya itu sedangkan orang lain pula yang mendapat faedah kepada ilmu yang diajar olehnya.


FIDYAH
Sejenis denda /tebusan yang dikenakan kepada orang islam kerana tidak mengerjakan sesuatu fardu.

FITRAH
Sifat semulajadi yang dijadikan oleh Allah SWT kepada manusia, seperti sukakan harta, barang perhiasan dan sebagainya.

H  

HADAS
Keadaan tidak suci (bagi mukalaf) atau kotoran yang tidak dapat dilihat,tetapi wajib disucikan untuk sahnya ibadah tertentu.

HAJI
Ziarah suci yang dilakukan umat islam ke Makkah setiap tahun dan merupakan yang terbesardi dunia.

HARUS/MUBAH
Suatu perkara yang jika dikerjakan oleh seseorang muslim mukallaf dia tidak akan mendapat dosa dan tidak pula mendapat pahala.

HUDUD
Hukuman yang telah ditentukan dan ditetapkan Allah SWT di dalam Al- Quran dan hadis.

I

IKTIDAL
Berdiri tegak/lurus ketika solat setelah melakukan rukuk, sebelum melakukan sujud.

IKTIKAF
Perbuatan duduk/berhenti di dalam masjid dengan niat bermunajat kepada Allah sambil melaksanakan ibadah-ibadah seperti membaca al-quran.

IKTIKAD
Kepercayaan atau keyakinan di dalam hati manusia yang berkaitan dengan rukun iman.

IBADAH
Pengabdian dan kepatuhan kepada perintah Allah SWT melalui perbuatan , perkataan dan pengakuan hati yang berlandaskan syariat.

IDAH
Masa yang wajib dinantikan oleh seorang perempuan untuk membolehkannya berkahwin lagi dengan lelaki lain (tiga kali suci haid bagi perempuan yang bercerai ketika suci daripada haid,setelah melahirkan anak bagi perempuan yang mengandung dan tiga bulan bagi perempuan yang putus haid kerana tua atau yang belum keluar haid kerana masih kecil).

IFTIRASY
Duduk /dalam solat dengan telapak kaki kiri dijadikan alas untuk duduk sementara telapak kaki kanan ditegakkan dengan jari- jari kaki kanan menghadap kiblat (ketika duduk antara dua sujud dan duduk membaca tahiyat awal).

IHRAM
Keadaan seseorang yang telah berniat mengerjakan haji atau umrah (atau kedua2nya sekali) yang pada ketika itu diharamkan baginya menjahit dan bau-bauan, menutup kepala (bagi lelaki) dan menutup muka (bagi perempuan) dan bersetubuh.

IJAB
Tawaran wali atau wakilnya untuk menikahkan pengatin perempuan dengan pengantin lelaki.

INFAQ
Pemberian atau sumbangan, mendermakan harta benda di jalan Allah dengan maksud untuk mendapatkan pahala.

IQAMAT
Seruan terakhir untuk mendirikan sembahyang (selepas azan)

ISTIGHFAR
Permohonan kepada Allah untuk diampuni, permohonan ampun menundukkan jiwa, hati dan fikiran kepada Allah sambil menonton ampun daripada segala dosa.Juga merupakan zikir untuk memohon kepada Allah.

IBADAH
Mengabdikan diri kepada Allah SWT dengan cara menjujung segala perintah dan menjauhi larangannya.

ISTIQAMAH
Teka,tepat,tetap dan berterusan dalam mengerjakan sesuatu yang baik.

J

JANNAH
Perkataan Jannah dalam bahasa Arab memiliki bermaksud "Kebun", maka dalam bahasa Al-Quran bererti "Kebun Syurga".Jannah  merupakan konsep syurga dalam ajaran agama Islam.

JAHANNAM
Jahannam merupakan neraka yang memiliki seksaan yang amat dahsyat. Dipimpin oleh Malaikat Malik dan memiliki 19 malaikat penyiksa.

JAZAKALLAH
Jazak Allah (Bahasa Arab: جزاك الله) atau Jazak Allahu Khayran (جزاك الله خيرا) adalah istilah yang digunakan sebagai ungkapan rasa syukur Islam bermaksud "Semoga Allah memberi ganjaran kepada anda [dengan] kebaikan." Allah adalah perkataan Arab untuk Tuhan.

JAHIL
tidak mengetahui ajaran agama Islam, sesuatu hal, bodoh: Dolah ~ dlm hal agama;  /cetek pengetahuannya; jahil basit (orang yg) jahil tetapi sedar akan kejahilannya; jahil murakab (orang yg) jahil dan tidak pula menyedari kejahilan dirinya.

JILBAB
Jilbab adalah tuntutan dalam pelaksanaan hijab yang sebenar.Jilbab merupakan kaedah atau fesyen pakaian yang labuh.


JIMAK
Jimak disebut dengan kalimah "Bersetubuh"
lebih dari itu,budaya jimak adalah suatu tuntutan mutlak keinginan nafsu syahwat atau nafsu berahi,yang mahu tidak mahu pasti dipenuhi oleh semua jenis makhluk yang dibekalkan dengan unsur unsur nafsu syahwat atau nafsu berahi.

JIZYAH
Jizyah ialah cukai yang dikenakan ke atas individu bukan Islam yang berlindung di negara Islam. Jizyah merupakan harta umum yang dibahagikan mengikut kemaslahatan rakyat, dan wajib diambil setiap satu tahun dan tidak wajib diambil sebelum satu tahun. 

JIN
Makna Jin: Jin adalah satu nama jenis dan dalam bahasa Inggeris di sebut Ginie - perkataan tunggalnya " Jinny " yang bermaksud yang tersembunyi, yang tertutup atau yang gelap pekat.
Jin , iblis dan syaitan adalah antara makhluk ciptaan Allah selain malaikat dan manusia. Menurut Al-Quran, jin dicipta sebelum manusia (15, Al Hijr:26-27)

JIHAD
Dalam islam, erti kata Jihad (جهاد) ialah berjuang dengan bersungguh-sungguh. Mereka yang berjihad digelar Mujahid.

K

KIFARAH/KARMA
Didefinasikan sebagai pembalasan atas perbuatan yang dilakukan oleh seseorang samada ianya perbuatan baik atau buruk yang dibalas kembali menurut hukum alam atas apa yang telah seseorang itu lakukan. 

KHILAF
“khilaf” berlaku apabila mempunyai maksud dan jalan yang berbeza. “Khilaf” adalah dilarang dan kesannya adalah bidaah.

KINAYAH
Kinayah adalah menyebutkan sesuatu ungkapan yang dimaksudkan dengan makna lain yang bukan makna asalnya. Namun definisi yang lebih masyhur dan diterima pakai ialah pendapat al-Hasyimy yang melihat kinayah sebagai ungkapan yang menggunakan makna tersirat, di samping harus menggunakan makna tersurat. Antara tujuan kinayah adalah untuk memperelok makna dan mengindahkannya, di samping menyembunyikan sesuatu perkara daripada pendengar.

CONTOH: 


Kinayah terbahagi kepada 3 jenis. Salah satunya kinayah ‘an al-Siffat yang menyerupai bentuk “simpulan bahasa” dalam retorika Melayu.  Bahkan terdapat ungkapan-ungkapan dalam kedua-dua bahasa tersebut yang faktor lahirnya ungkapan tersebut  hampir sama.

KORBAN
Korban sebenarnya adalah menghampirkan diri kepada Allah. Kita tidak boleh sama sekali menyembelih korban untuk seseorang atau sesuatu yang lain, selain daripada Allah.

KUFUR
Tidak percaya kepada Allah serta mengingkari ajaran yang disampaikan oleh Nabi Muhammad S.A.W

KUFUR NIKMAT
mengingkari Allah sebagai pemberi nikmat kepada manusia dan makhluk ciptaa




KUFUR HAKIKAT
ingkar atau menafikan rukun iman dan menolak syariat yang dibawa oleh Rasulullah

KHURAFAT
Pengertian khurafat dalam Islam ialah semua cerita sama ada rekaan atau khayalan, ajaran-ajaran., pantang-larang, adat istiadat, ramalan-ramalan. pemujaan atau kepercayaan yang menyimpang dari ajaran Islam. Berdasarkan takrif di atas, khurafat merangkumi cerita dan perbuatan yang direka dan bersifat karut dan dusta.


KHALIFAH
bermakna "pengganti" atau "wakil" yakni pemimpin umat islam setelah Nabi Muhammad s.a.w wafat.

L-Z akan disambung kemudian nanti eaa..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan