Assalamualaikum w.b.t
Penyakit hati sememangnya tidak dapat dinafikan oleh sesiapa sekalipun akan impaknya kepada kita jika tidak dijaga dengan betul termasuk juga diri saya sendiri. Walaupun hati ini hanya segumpal darah di dalam tubuh dan tersorok di dalam tubuh, namun setiap kesannya begitu terserlah dalam diri individu itu sendiri. Jika baik hati tu, baiklah akhlak dan peribadinya. Jika keseluruhan hatinya telah dicemari dengan titik- titik hitam..maka buruklah akhlak dan peribadinya.. ( saya doakan para pembaca sekalian dan diri saya sendiri dijauhkan dari akhlak2 yang buruk dan sentiasa dilindungi tuhan. )
Dalam usaha untuk membentuk diri kita ke arah yang lebih baik semestinya muhasabah diri itu adalah kaedah yang terbaik untuk merenung kembali akan perbuatan- perbuatan yang telah kita lakukan, maka secara tidak langsung hati kita juga akan terdidik kembali. Dari situ, kita dapat perbaiki kembali akhlak kita. Berusaha ke arah yang lebih baik pastinya sukar namun dengan adanya tekad dan matlamat..in shaa ALLAH akan dipermudahkan.
Terdapat 4 perkara yang mematikan hati :
- Dosa yang berterusan.
- Mendengarkan ketawa orang bodoh.
- Bersikap kasar kepada kaum perempuan.
- Duduk bersama orang yang bergelumbang dalam kemewahan.
Kerana hati merupakan tempat cahaya iman.
Apakah penyakit yang paling berat sekali ea.?
Sesungguhnya antara bencana adalah kemiskinan, yang lebih berat dari kefakiran adalah penyakit badan dan yang lebih berat dari penyakit badan adalah penyakit hati.
Sebaik- baik hati adalah.?
Sebaik baik hati adalah yang paling ingat kepada Allah SWT.
Bagaimana jika ragu- ragu dengan cinta kita terhadap seseorang.?
Jika meragui terhadap cinta mu pada seseorang,maka tanyalah hatimu sendiri tentangnya.
Seterusnya para sahabat,jenis hawa nafsu yang boleh menghitamkan hati adalah:
![]() |
maaf gambarannya kecil, sila click gambar utuk lihat dengan lebih jelas. |
Sahabat - sahabat sekalian, apa yang saya sampaikan ini adalah melalui sumber rujukan yang saya perolehi dari buku Allah doktorku dan The Tao Of Islam. Buku inilah yang saya jadikan rujukan untuk disebarkan kepada kalian. Jika hanya mengharapkan dari diri ini, barangkali akan terbantut sahaja penulisan. Sesungguhnya yang baik dari Allah dan yang lemah ini dari saya sendiri.
sekian penyampaian saya kali ini, jumpa lagi next entry, daaaa.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan