...KLIK DI SINI...

Jumaat, 3 Julai 2015

Solat menggugurkan dosa

salaam...


Solat merupakan kewajipan dan syiar yang paling utama seorang muslim. Solat juga merupakan ibadah harian yg kita amalkan berulang- ulang kali.

SOLAT merupakan ibadah yg pertama kali ditanya dan dihisab bagi setiap mukmin pada hari kiamat.

Solat merupakan garis pemisah antara iman dan kufur- antara orang beriman dan org kafir, sebagaimana ditegaskan oleh Rasullullah SAW:

" Batas antara seseorang dgn kekufuran adalah meninggalkan solat "
                                                                       (Riwayat Muslim)

"Perjanjian antara kita dgn mereka adlh solat, maka sesiapa yg meninggalkan solat beerti ia kafir"
                                                     (Riwayat al- Nasa'i, al Tarmizi dan Ahmad)

Tidak hairanlah jika Al- Quran menjadikan solat itu sebagai pembukaan sifat2 org yg beriman yg akn memperoleh kebahagiaan dan sekaligus menjadi penutup kehidupan.Al- Quran juga menganggap mengabaikan solat itu termasuk sifat2 masyarakat yg sesat dan menyimpang.Adapun terus- menerus mengabaikan solat dan menghina perlakuannya, termasuk ciri- ciri masyarakat kafir.

Abu Zar r.a meriwayatkan bahawa ada sekali Rasulullah s.a.w keluar dari rumahnya. Pada masa itu ialah musim daun2 gugur. Baginda ambil ranting sebatang pohon yg gugur dgn lebatnya seraya baginda s.a.w bersabda ," Ya Abu Zar! Apabila seorang islam menunaikan solatnya kerana Allah, dosanya gugur seperti daun- daun ini gugur dari pohon ini".

Biasanya di musim daun- daun gugur, lebatlah daun- daun gugur dari pohonnya sehingga pada setengah- setengah pohon tak ada sehelai daun pun yg tinggal.Begitulah kesannya solat yg dilaksanakan dgn penuh khusyuk dan tawaduk.

Segala dosa yg dilakukan oleh seseorang yg bersolat akan dihapuskan. Tapi..tapi3x... hendaklah diingat menurut ahlul kalam hanya dosa2 kecil saja yg terampun dgn solat. Dosa2 besar pula tidaklah terampun tanpa bertaubat(pintu taubat sentiasa terbuka selagi ajal tidak dtg menjemput)..:)

Oleh itu,marilah kita disamping bersolat, jgn lupa beristighfar dan bertaubat. Semoga Allah s.w.t dgn limpah rahmatnya, mengampunkan juga dosa2 besar yg terlaku oleh kita berkat solat kita kerana Allah.

emm...mengapa ea bila kita solat berjemaah..kita perlu bersalaman dgn jemaah yg lain..?
Kerana semasa kita solat kita menghadap Allah s.w.t dan hubungan kita dgn makhluk2 lain terputus. Selepas sembahyang disunatkan bersalaman bagi menyambung kembali persaudaraan sesama islam.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan