...KLIK DI SINI...

Rabu, 29 Januari 2014

Sebaik-baik rezeki ialah makanan yang halal..

salaam...




Saiyidina Ali bin Abu Talib bukan sahaja terkenal sebagai seorang yang gagah berani tetapi juga seorang yang tabah menghadapi kesusahan dan perjuangan hidup.


Pernah pada suatu ketika beliau menceritakan kisah penderitaanya menahan lapar yang tidak terperi. Makanan yang dapat menghilangkan lapar sudah kehabisan di rumahnya. Oleh itu beliau pun pergilah ke desa-desa di Madinah untuk mencari pekerjaan yang mungkin menghasilkan sedikit rezeki.

Tatkala beliau sampai di suatu desa Saiyidina Ali r.a pun bertemu seorang wanita yang sedang hendak membasahkan batu- batanya. Beliau meminta supaya diberikan pekerjaan itu kepadanya dengan upah sebiji kurma dari setiap timba yang ditimbakan.

Sesudah cukup enam belas timba beliau timbakan, Saiyidina Ali r.a pun melihat tangannya yang terkupas. Kerana itu beliau pun berhenti dan menghulurkan tangannya kepada wanita itu untuk memperoleh upahya. Setelah dihitung enam belas biji kurma, beliau segera pulang ke rumahnya. Setibanya di rumah Saiyidina Ali r.a. mendapati Rasulullah s.a.w. ada didalamnya lalu beliau pun menceritakan perihal dirinya itu.

Mendengar kisahnya itu Rasulullah s.a.w. merasa gembira sekali lalu makan bersama-sama rezeki yang halal itu dengan Saiyidina Ali.r.a. Rasulullah kemudiannya bersabda,
 "Sebaik-baik rezeki ialah yang diperoleh seseorang dengan jalan yang halal dan bersih."


Tiada ulasan:

Catat Ulasan