...KLIK DI SINI...

Rabu, 29 Januari 2014

ADAB & HAK TERHADAP IBU BAPA

salaam...


ayah dan ibu..
ayah dan ibu..
itulah permulaan kami..
dapat melihat bulan dan matahari...
aaaa...haaaaii...


Bait- bait indah dari nyanyian arwah sudirman sememangnye memberi kita kesedaran betapa pentingnya ayah dan ibu dalam diri kita.
Jangan sesekali kita melukakan hati mereka apalagi menjadi derhaka...nauzubillah..
Jadi adap dengan ibu bapa perlu dijaga sepanjang kita dengan mereka.

Disini saya ada sedikit perkongsian tentang adab dan hak terhadap ibu bapa:


  1. Mentaati ibu bapa dalam semua hal kecuali perintah melakukan maksiat.
    maksudnya ikutlah apa sahaja yang disuruh oleh mereka..APA SAHAJA..
    walaupun kita tengah penat atau sibuk, Ingatlah itu sebagai ujian dari Allah untuk kita.Dengan ujian yang diberi,akan dinilai..kalau kita melalui ujian itu dengan cemerlang maka cemerlanglah kita dengan ujian Allah..
  2.   Berbicara dengan keduanya dengan sopan dan lemah lembut.
    maksudnya mudah sahaja..lembutkan bicara kita dengan mereka,apalagi ketika kita menerangkan sesuatu untuk difahami mereka,.dan pastikan nada suara kita lebih rendah dari nada mereka ketika bercakap dengan kita.(opss..kalau ibu ayah kurang dengar/ jelas dengan suara kita barulah dikuatkan mengikut kesesuaian.)

  3. Memelihara nama,kehormatan serta hartabenda mereka.
    maksudnya ..perlihara lah diri kita mengikut ajaran agama kita, pastikan apa sahaja yang kita lakukan mendapat redha dari keluarga dan menjaga serta amanah dengan segala urusan yang berkaitan dengan harata benda mereka.

  4. Memuliakan mereka.maksudnya memberi layanan yang istimewa untuk mereka dalam semua aspek.
  5. Memperbanyakkan doa dan memohon ampun untuk mereka.Bila kita gembira dengan sesuatu pemberian itu,ingatlah..kita perlu mensyukuri dari yang maha esa.Begitu juga dengan kehadiran ibu ayah yang memberi kita kekuatan selama ini.Selepas kita solat tu..kita doakan lah untuk mereka,kalau ibu ayah kita dah meninggal,berdoalah untuk mereka dan gunakan harta mereka ke arah kebajikan..:)..tidakkah itu satu bonus untuk kita terus berbuat kebajikan kepada mereka.
  6. Berusaha menenangkan dan menggembirakan mereka.
    Buatlah mereka tersenyum,apabila kita memandang mereka,kita senyum,apabila mereka marah,kita diam,apabila mereka sedih,kita tenangkan.....


    Banyak lagi adab dan cara untuk kita berbuat baik dengan mereka...lakukanlah dengan menggunakan kebijaksanaan dan daya kretiviti anda.:)



Tiada ulasan:

Catat Ulasan