...KLIK DI SINI...

Selasa, 28 Januari 2014

menyemai cinta Mu

salaam..
ehem..ehem...testing..boleh saya mulakan bicara saya..?
bismillah..
hati saya terpanggil untuk menyemai cinta pada mu Ya Allah..pada mu Nabi..padamu sahabat Nabi.
saya hanyalah seorang insan biasa yang memberontak hatinya untuk membuat blog (untuk kali pertamanya...) buat sesiapa sahaja yang ingin membacanya silakan dan saya sangat mengalu- alukan kehadiran anda wahai pembacaku sekalian.Jangan risau pembacaku kerana blog ini TIADA halangan untuk semua peringkat umur.

Di sinilah saya bermula untuk menyemai cinta pada MU..

Ia berlaku:
  • ketika saya masih menuntut ilmu di salah sebuah ipta..saya selalu terfikir "hemm..aku nie dari dulu banyak belajar ilmu dunia je,,dah 'balance' ke dengan ilmu akhirat..pastu mula lah serbesalah dalam hati ni.
  • saya bukan dari golongan yang hebat tentang ilmu agama,latar belakang didikan saya juga tidak dari sekolah agama atau madrasah mahupun dari sekolah pondok..jadi saya sentiasa mencemburui masyarakat kita yang sentiasa mencari ilmu Allah.Saya berharap diri ini akan menjadi salah seorang dari mereka- mereka yang sentiasa berusaha mendapat cinta ALLAH kelak..
  • apabila saya terfikir apa yang boleh saya lakukan untuk menyemai cinta saya pada Allah dan nabi..dan 'penghasilan blog saya ini adalah salah satu usaha saya'.
  • banyak cara untuk menyebarkan cinta kita pada Nya..kan..?
    dan saya nak menyebarkan cinta ini pada pembaca sekalian..sesungguhnya mencintai agama kita..tuhan kita..nabi kita.. takkan pernah rugi.
  • saya pernah membaca sebuah cerita dan saya masih ingat dengan satu barisan ayat yang membuat hati saya tersentuh...INIlah barisan ayat itu:

    "kadang-kadang kita rasa jauh sekali dengan Allah,walhal..
    Allah sentiasa dekat dengan kita tetapi kita yang sering menjauh".

Disebabkan perasaan inilah hati saya terpaggil untuk saya membuat blog...cewahh..:)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan