Dalam sejarah islam zaman dahulu ada seorang khalifah yang sangat terkenal kerana sifat amanahnya.Baginda adalah KHALIFAH UMAR BIN ABDUL AZIZ,salah seorang diantara Khalifah- khalifah Bani Umaiyah.
![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhUN_KsYPwJB6YHfvpp5tYhGhV_lB31BSapaPpBevuWB-9fWil4uF-X6bQ0cuNtD1Oy5gIK9KM0XJuRX98WjJGqgZQsCVMrqODH-ByC6d8sZ7tbii2SiMcQ1tWvm_QkC6c5hIYLaDq_9GA/s1600/ray+of+light+lamp+by+dvision.jpg)
Pernah diriwayatkan orang bahawa pada suatu malam takkala baginda sedang tekun bekerja di bilik istananya, tiba- tiba seorang puteranya telah masuk untuk membincangkan suatu hal yang berhubung dengan urusan keluarga.Setelah puteranya itu duduk di hadapannya, tiba- tiba baginda memadamkan lampu yang terletak di meja yang tadinya digunakan untuk menerangi bilik kerjanya itu.Puteranya hairan melihat sikap ayahnya itu lalu bertanya:
' Kenapa lampu ini ayah padamkan? Bukankah lebih baik kita berbincang di bawah lampu yang terang? 'maka ayahnya menjawab.
'Benar anakku,tetapi kau harus ingat lampu yang sedang ayah pakai untuk bekerja ini kepunyaan kerajaan, minyak yang dipergunakan itu dibeli dengan wang kerajaan, sedang perkara yang hendak anakanda bincangkan dengan ayah adalah perkara keluarga.seketika kemudian baginda pun memanggil pelayannya lalu disuruhnya mengambil lampu dari bilik dalam.Setelah lampu yang dibawa itu dinyalakan oleh pelayannya maka baginda pun berkata kepada puteranya.
demikian besarnya sifat amanah dari seorang pemerintah berkalibar besar,seorang raja islam yang berjiwa besar.Apabila dalam hal-hal kecil khalifah sanggup memelihara amanah yang diletakkan ke atas dirinya.
'Sekarang lampu yang baru kita nyalakan ini adalah kepunyaan keluarga kita,minyaknya pun kita beli dengan wang sendiri.Silakan kemukakan apa yang anakanda mahu bincangkan dengan ayahanda.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan