...KLIK DI SINI...

Sabtu, 18 Julai 2020

Nasihat perkhwinan yg baru setahun jagung


Assalamualaikum..

Lagi 2 hari ulang tahun perkahwinan kami..
Sepanjang tempoh perkhwinan ini byak yg ku pelajari dan memberi penglaman yg baru semestinya..
Walaupun perkhwinan kami baru masuk tahun ke 2..
Sedikit nasihat hendakku beri ak  asam garam yg ku lalui..

Bila sama2 dah sebumbung sebantal..
Rajinlah bersembang bersama pasangan..
Tanya khabar psgan setiap hari..
It is ok..it is anything wrong today..how your day..
Bukan apa..kdang2 ada hari nya psangan korang akan ada benda nk luah..nk cerita..
Kita dengar luahan dia..klau dia minta pendapat kita berikan..klau dia nk ngis..kita sediakn bahu..
Kita sama2 kne jadi pendengar yg setia..eaaa..

Syukur klau psangn kita jenis ada deria keenam..confirm senang kisah korang..
Lagi pulak dpat psangan lembut hati..x ego..jenis pndai pujuk..syukur Alhamdulillah..

Setiap psgn kne tahu apa yg dia nak dari kita..
Kita selidiklah..bertanyalah..
Dan kmudian cubalah jdikan dirinya semakin cintakan kita..syangkn kita..
If x pndai masak..x pe..rajinkan masaak..lama2 sedaplah jadinya..
If x pndai jaga anak..bincang sama2..mcm mne untuk jadikan kita pndai jaga anak..
Sebenarnye benda yg susah tu..mmg akn nmpk susah klau x de  sokongn..
Tpi..dengan sokongn psangan kita..
Pasti benda tu menjadi..pasti..

Kemudian..memaafi dan minta maaf pda psangn....
Kdang2 kita sangka langit tu cerah..rupanya mndung di siang hari..
Sentiasa beringat dgn perbuatan..perckpan kita..
Kdg kita x sedar..jdi minta maaf lah selalu..nnti lama2 jdi biasa..
Dan kita juga muhasabah diri..kita x sempurna dn x kn pernah sempurna..jdi belajarlah memaafkan diri kita dn psgn..

Apa yg sya lalui..yg sya rasa..nk bhgia bukan pda wang ringgit..kekyaan..pangkat..darjat..
Tpi pada diri kita..menerima..bersyukur dan sentiasa berusaha untk lebih baik..


Selamat ulang tahun perkhwinan kedua abang.......
20 julai 2018 hingga 20 julai 2020





Khamis, 4 Jun 2020

kehidupanku 2


"sedangkan lidah lagi tergigit apa pula suami isteri" itulah yang bermain dalam fikiran aku..berlegar- legar mengikut rentak lagu yang dinyanyikan allahyarham P.ramlee dan Sarimah.
aku dan suamiku kini menghampiri usia perkahwinan kedua. Baru setahun jagung, baru nak belajar belayar bahtera dan kami masih sama-sama belajar mengenali dan membuat suamiku sayang kan diriku hari ke hari.

bergaduh..tidak pernah..
bertengkar..pastinya tidak..
ditengking juga tidak pernah..
dimarahi itu ada2 juga..

namun...

merajuk itu..pasti ada,
kerana terasa..
bukan aku saja tapi dia jugaa..
merasa sedih ketika itu mestilah,
bermasam muka dengan yang disayang,
buat kerja terus jadinya tak menjadi,
buat apa saja acuh tak acuh,
kerana fikiran ku memikirnya dia.

ketika dia lakukan kesalahan padaku,
hati ini sedih sangat,
kecewa..pastiii..
tapi bagaimana ya tuhan..kerana aku sayang dia..
aku pulaaa..??
jangan terus lupa yang baiknya,
sedangkan salahnya cuma  satu.

begitulah berumah tangga..pasang surut pasti ada..
tapi hati yang sedang terumbang ambing ini bagaimana..
memaafkan itu mudah dan sudah dimaafi.
melupakan itu sukar..

Kehidupanku


Hari nie terdetik balik dalam diri nak buat nukilan..
Bertahun tak tulis blog..pembaca pun dah hilang..
Setelah bertahun lamanya..aku dah selamat mendrikan rumah tangga dengan pilihanku dan aku sudah mempunyai seorang cahaya mata. ALHAMDULILLAH..

aku menulis ni kerana aku tiada teman luah perasaan..
aku sunyi di sini tiada keluarga, sahabat teman,
kini..berkhidmat kepada suami menjadi keutamaan,
anaklah yang satu- satunya yang aku ada,
penghibur hati kami sekeluarga.

sudah setahun setengah ku tamat pengajian,
tapi masih belum punyai pekerjaan,
keluargaku pastinya mengharap kerja kerajaan,
begitu juga aku,
doa..doa..usaha telahku jalankan..
dan akan berterusan..
mudah- mudahan dapatku capaikan,
kerana keluargaku sangat impikan,harapkan akan aku..
akan aku..

memberontak dalam hati..
namun tersenyum saja di wajah,
kepada sekeliling,
aku ingin berkhidmat, ingin melunas janji2ku pada ibu bapa,
tolong- tolong, aku buntu tiada pekerjaan,
tapi kini aku termanggu di rumah..dirumah..

aku tinggal di rumah mertua,
keluarga suamiku semuanya baik belaka,
aku tergolong dalam orang yang bertuah,
menjaga adab, percakapan itu pasti,
namun itu tidak susah sama sekali,
kerana inilah diriku..seadanya..menerima dan memberi..

di sebuah bilik indah yang dihiasi kami,
itulah syurga ibu, abi dan anak kami,
ku hias cantik kemas sekali,
biar suami suka dan tenang aja bila pulang nanti.

kehidupanku kini dirumah sahaja, walaupun pendidikan ku tinggi..
allahu..
izinkan daku berkhidmat, berbakti kepada dunia..



Jumaat, 27 Januari 2017

AWASI KOLESTROL ANDA...


Bilangan kolestrol yang berada di dalam tubuh kita sememangnya sukar untuk dikira namun bilangan dengan bantuan Jadual Kandungan Kolestrol dalam makanan ia dapat membantu kita mengawal jumlah kolestrol yang diperlukan oleh tubuh.

Berapakan jumlah kolestrol yang diperlukan oleh tubuh manusia???



Bagaimanakah untuk mengetahui jumlah kolestrol dalam makanan??



Risiko yang bakal anda hadapi adalah PENYAKIT JANTUNG.


Gejala kolestrol tinggi.

1. Nyeri di kaki.
2. Kra yang terjadi di malam hari.
3. Kuku berubah.
4. Kulit yang berubah.

Makanan yang mencengah kolestrol tinggi adalah.

1. Buah apel.
2. Cuka apel.
3. Buah alpukat.
4. Gandum.


Selamat mencuba!! Teruskan usaha untuk kehidupan yang lebih sihat..


Selasa, 23 Ogos 2016

Awesomenya bercuti..



6/8 -7/8/ 2016 adalah hari yang dinanti- nantikan oleh saya pada ketika itu.Sebab setelah sekian lama tak berjumpa sahabat yang tersayang akhirnya keinginan ini menjadi kenyataan juga..yeaaay..sekian lama merancang, asyik tak jadi je..penat tau tak..akhirnya jadi juga..yeaaay..
alhamdulillah..seronoknyaaa...lagi pula inilah kali pertama saya bercuti dengan sahabat..

Day 1: Snorkeling (4.00 ptg smpai 6,30 ptg


Saya memilih Pulau Pangkor sebagai destinasi percutian memandangkan tempat percutiannya yang cantik damai...damai???mestilah, sebab pulau pangkor jauh dari kehidupan bandar, walaupun tiada banggunan- banggunan pencangkar langit dan shopping mall.,Pulau Pangkor menyambut kehadiran kami dengan desiran air laut dan bayu angin yang lembut..alahai..masa menulis nie, masih terasa lagi bayu- bayu angin yang membelai. Sungguh..lembutnya belaian angin..

Kemudahan yang pasti anda nikmati sejurus menerima pakej ini.

Welcome to Seagull Teluk Nipah, Pulau Pangkor.
Berbekalkan dengan pakej Rm170 seorang kami dapat bermalam di resort Seagull 2 hari 1 malam, Taxi and Ferry Return, aktiviti snorkeling dan melawat 3 buah pulau, Country Side dengan seorang pemandu pelancong dengan mengelilingi pulau pangkor sambil melawat tempat- tempat menarik seperti Dutch Ford, Fu Ling Kung, Satay Factory, dan History Stone. Yang berbaloinya adalah percutian ini sangat- sangat menjimatkan dan berbaloi.sungguh!!berbaloi..

Day 1- Day 2: Kemudahan van yang termasuk di dalam pakej percutian. 


Van inilah yang menemani kami sepanjang kami di sini dengan membawa kami melawati tempat- tempat yang menarik dan khidmat mengambil dan menghantar kami..HARGANYA berapa ea..?
jangan risau semuanya di dalam pakej Rm 170 seorang.






Dutch Ford adalah tempat yang terakhir kami lawati sebelum berangkat pulang. Sayang kami melawat tempat nie hanya seketika sahaja kerana masa yang mencumburui kami dan cuaca panas yang sudah naik di kepala menyebabkan kami senyum dengan terpaksa!!hehe..ketiak dah basah kan hakak- hakak nie.

Pada hari pertama ini, kami sempat melawat pulau- pulau menarik sekitar Teluk Nipah. Kami menaiki boat yang disediakan dan dibawa mengelilingi pulau- pulau berdekatan selama 20 minit. Kemudian kami terus melakukan aktiviti snorkeling di sebuah pulau yang lain. Sangat menarik dan menyeronokkan kerana tiada tempoh yang ditetapkan untuk kami melakukakan aktiviti snorkeling ini. Yang pastinya saya dapat melihat keindahan- keindahan di dasar bumi sambil melihat anak- anak ikan yang datang ke arah saya apabila diberikan makanan.

Day 1: Akhhirnya Yana dan Fairuz dapat berenang dengan jayanya hasil tunjuk ajar sifu Diba..hhaha..
Day 2: Kami menaiki Big Marble..haa..yang nie tak termasuk dalam pakej.

Terima kasih  kerana membaca.!
Peringatan: Hanya tangan yang kuat sahaja dibenarkan menaiki big marble.


Sepanjang percutian yang singkat ini, kami meneroka keindahan bumi, dan kami mula kenal erti hargai.Sayangilah alam kita kerana ia warisan sepanjang zaman yang tak ternilai harganya.




Day 1: Dalam kenangan.


BYE- BYE-BYE















Selasa, 2 Ogos 2016

ATASI MASALAH MARAH..

Marah dapat dilihat dari perbuatan, percakapannya, penulisan atau reaksi wajah seseorang. Sifat marah terjadi atas pelbagai sebab yang menyebabkan emosi seseorang itu terganggu lalu perasaan marah mula menguasai diri. Marah tidaklah salah tetapi marah biarlah bertempat dan bersesuaian dengan sesuatu situasi. Contohnya marah untuk mendidik.

dari surah Ali Imraan: ayat 133-134.

' Dan segeralah kamu kepada mengerjakan amal- amal yang baik untuk mendapat keampunan dari Tuhan kamu dan mendapat syurga yang bidangnya seluas segala langit dan bumi, yang disediakan bagi orang- orang yang bertakwa, iaitu orang- orang yang mendermakan hartanya pada masa senang dan susah dan orang- orang yang menahan kemarahannya serta orang- orang yang memaafkan kesalahan orang.'

Ini bermaksud orang- orang yang sanggup menahan kemarahnya dianggap mereka yang mempunyai ciri- ciri takwa.

Jadi cara mengatasi sifat marah adalah:

1. Menyuburkan sifat maaf
Sesungguhnya Allah menyukai hambanya yang bersifat pemaaf dan sedia memaafkan kesalahan orang lain. Rasulullah SAW sendiri menjadi teladan uama dalam kehidupan kerana akhlak baginda yang unggul dalam mengasihi dan memaafkan orang lain.

2. Memperindahkan budi pekerti
Untuk menghilangkan sebab yang menimbulkan marah, seseorang perlulah merendah diri untuk menjauhi sifat marah. Begitu juga sifat membangga diri, maka perlulah dia menganggap bahawa manusia sebenarnya adalah sama sahaja.




Jumaat, 10 Jun 2016

CONTOH RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN

Rancangan Pengajaran Harian



PENGERTIAN  :
 Rancangan pengajaran harian merupakan terjemahan Rancangan Pelajaran Tahunan                          yang mengandungi sekurang- kurangnya maklumat seperti objekif, cara bagaimana                            hendak  mencapai objektif dan kenyataan sejauh mana objektif itu tercapai.

MENGAPA RPH DIPERLUKAN?

  • Mengelakkan sebarang penyelewengan daripada aspek yang perlu diajar.
  • Merancang penggunaan alat bantu mengajar yang sesuai.
  • Mengajar dengan lebih sistematik dan efektif serta mampu untuk mencapai apa yang di objektifkan dalam sesi pengajaran dan pembelajaran.
  • Berguna agar guru dapat menyampaikan input pembelajaran kepada murid.
  • Untuk dijadikan bahan bukti bahawa guru telah membuat perancangan rapi sebelum masuk ke dalam kelas.
BUTIRAN YANG PERLU DICATAT:

  • TARIKH
  • HARI
  • MATA PELAJARAN
  • KELAS
  • MASA
  • TAJUK
  • OBJEKTIF
  • KEMAHIRAN YANG INGIN DICAPAI
  • AKIVITI YANG DIJALANKAN
  • REFLEKSI



CONTOH RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN

Subjek                                    : Lukisan Kejuruteraan   
                              
Tingkatan                              : 4 Mekanikal 4  
                              
Tarikh                                    : 22 Mei 2015

Masa                                       : 8.00 pagi- 9.20 pagi

Tema                                      : Lakaran

Tajuk                                      : Unit 2 (Teknik Lakaran)

Objektif Pembelajaran         : Mengetahui teknik lakaran ketika melakar.

Hasil Pembelajaran               :  Di akhir pengajaran pelajar:


                    1. Dapat menyenaraikan 2 atau 3 jenis ketebalan garisan dalam lakaran.

                    2. Dapat menerangkan perbezaan ketebalan- ketebalan garisan dalam lakaran.
                    3.  Dapat melakar garisan lurus.
                    4. Dapat melakar bulatan dengan menggunakan kaedah jejari dan  kaedah  kotak.

Masa                                       : 80  minit

Alat/Bahan Bantuan Mengajar:

1.      Power Point.
2.      Buku Teks Lukisan Kejuruteraan Tingkatan 4
3.      Whiteboard marker.
4.      Projektor

Peralatan                    :
1.      Sesiku T
2.      Papan lukisan
3.      Set Jangka Lukis
4.      Sesiku Set

Pengetahuan Lepas/Sedia Ada:

1.      Takrifan lukisan kejuruteraan.
2.       Prinsip- prinsip lakaran.
3.      Pengetahuan senarai peralatan dan bahan melukis dalam kejuruteraan.

Kaedah                       :  kaedah tunjuk cara, kaedah memberi arahan dan kaedah latih tubi.

Nilai Murni                :  Kerjasama, kerajinan dan keadilan.
Kemahiran Berfikir  :  Menjana idea, menilai, membandingkan dan membezakan

Fasa
Hasil Pembelajaran
Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran
Catatan

Set Induksi
(5 minutes)







1.        Guru menunjukkan beberapa lakaran  banggunan dan menara terkenal dalam bentuk Power Point.

2.         Guru mengemukakan soalan:

-          Apakah aspek yang penting dalam sebuah lakaran.

3.   Jangkaan jawapan pelajar:

  - Garisan lakaran
  - Bentuk lakaran

3.            Guru menerangkan
      kepentingan teknik lakaran
      ketika melakar.


Strategi:
Berpusatkan guru dan pelajar.

KBKK:
Menerangkan.

Menjana Idea (15 minit)




Dapat menyenaraikan
2 atau 3 jenis ketebalan garisan dalam lakaran.










Dapat menerangkan perbezaan ketebalan- ketebalan garisan dalam  lakaran.

  1. Guru meminta pelajar berbincang  secara berpasangan.

  2. Guru memaparkan lakaran sebuah banggunan pada slide Power Point.





  1. Guru meminta pelajar menyenaraikan berapa jenis garisan yang terdapat dalam lakaran tersebut dalam masa 5 minit.

  2. Guru memberikan penerangan tentang jenis- jenis ketebalan garisan.



KBKK:
Menerangkan,menjana idea dan mengklasifikasikan.

Menstruktur Semula Idea

(25 minit)

Dapat melakar garisan lurus.

1.      Guru menerangkan secara ringkas garisan- garisan lurus yang terdapat dalam lukisan kejuruteraan.

2.      Guru mempamerkan contoh- contoh garisan lurus mendatar, menegak dan condong.

3.      Guru menunjukkan teknik melakar garisan.

4.      Guru memberikan latihan pengukuhan Rajah 2(a ) dalam buku teks lukisan kejuruteraan muka surat 29 kepada pelajar.


Strategi:
Berpusatkan guru dan pelajar.

KBKK:
Menerangkan, membezakan dan membandingkan.


Aplikasi

(30 minit)

Dapat melakar bulatan dengan menggunakan kaedah jejari dan
kaedah kotak.

1.      Guru menerangkan secara teori dua kaedah yang lazim digunakan untuk melakar bulatan.

2.      Guru menunjukkan langkah- langkah menggunakan kaedah jejari dan kaedah kotak dengan menggunakan peralatan lukisan kejuruteraan.


3.      Guru mengajukan soalan kepada pelajar.




-              Apakah perbezaan antara kaedah jejari dan kaedah kotak.

      Jangkaan jawapan pelajar:

- Kaedah kotak perlu membuat lakaran segi empat sama dan kaedah jejari perlu melakar garisan tengah.

4.      Guru bersoal jawab dengan pelajar tentang kaedah yang sesuai digunakan.

5.      Guru memberikan latihan pengukuhan Rajah 2(b) di muka surat 30 untuk pelajar mengaplikasikan kedua- dua kaedah.



Strategi:
Berpusatkan guru dan pelajar.

KBKK:
Menerangkan, membezakan dan menganalisis.

Penutup

(5 minit)



1.      Guru mengingatkan pelajar untuk menyiapkan latihan pengukuhan sebelum kelas berikutnya.

2.      Guru merumuskan kembali secara ringkas proses pembelajaran yang berlaku.

3.      Guru memberikan semangat dan motivasi kepada pelajar sebelum kelas ditangguhkan.

KBKK:
Merumuskan.

Kerja Rumah / Tugasan:

  1. Memberi latihan pegukuhan iaitu Rajah 2(a) dan Rajah 2 (b) di muka surat 29 dan 30 dari buku teks Lukisan Kejuruteraan Tingkatan 4.

Refleksi: