...KLIK DI SINI...

Ahad, 12 Oktober 2014

HARGA HANTARAN TINGGI???

assalamualaikum...

Buat bakal pasangan yang bakal ke jinjang pelamin atau mak ayah yang mempunyai anak dara pasti akan terbabit dengan kes nie kan..yang lagi kesian pada nasib si gadis yang diletakkan hantaran yang tinggi.
Bukan niat si gadis meminta hantarannya sedemikian rupa,apa lagi untuk membebankan bakal suami si gadis..jauh sekali bukan..??


Hantaran yang tinggi di zaman era 20-an ini sudah menjadi kebiasaan bukan..?jauh sekali bezanya di zaman ibu ayah kita dahulu..namun begitu,jgn lah dibandingkan lagi dengan zaman mereka dengan zaman kita kini..
Menurut kajian,antara faktor yang menyebabkan nilai hantaran semakin tinggi adalah..? 

  • menjaga air muka keluarga/kerabat/keturunan.
  • mengikut pencapaian taraf pendidikan si gadis.
  • melakukan persiapan perkahwinan yang mewah.
Namun begitu,antara faktor umum isu nilai hantaran semakin meninggi akibat taraf ekonomi yang semakin meningkat.

Seharusnya...ibu bapa memikirkan nasib si gadis berkenaan..adakah si gadis itu rela dengan nilai hantaran sedemikian..bagaimanakah kiranya nilai hantaran berkenaan tidak memberi baloi pada pihak lelaki nanti..?
TIDAKKAH ITU MEWUJUDKAN KEKECEWAAN..
Nilai maruah atau martabat si gadis seharusnya bergantung pada kesolehannya,sifat belas dan ihsannya,iman dan takwanya selain pandai menjaga aurat,bukan dari segi nilai wang hantaran yang semakin melambung.Bersikap sederhanalah dalam soal hantaran ini agar dimampui si jejaka dan disenangi mertua.

Bagi si gadis..termasuk si penulis nie juga..hee..Haruslah diingat nilai diri terletak di dalam dan bukanlah semata2 di pandangan kaca mata sahaja.Tidak perlulah mengejarkan kemewahan dalam perkahwinan anda sehingga menjadi beban dan menjeratkan diri bakal suami.Antara tanggungjawab anda sebagai isteri nanti adalah menyenangkan hati suami,tapi kalau sebelum bernikah pun sudah menjerat bakal suami..bagaimanakah itu..??
Tergamakkah anda..?
Dari sudut pandangan saya sendiri, tidak salah membelanjakan wang yang lebih sedikit dari kebiasaan bagi majlis seperti ini kerana ia adalah majlis bagi meraikan pasangan mempelai dan bagi pengantin itu sendiri,ia adalah hari yang bermakna bukan?...lagi2 bagi pasangan yang sudah lama menunggu saat itu..
namun harus diingat...jangan sampai membebankan ibu ayah kita...pasangan kita serta bakal mertua kita.Kiranya anda mampu,ia tidak menjadi halangan. :D

Bajet perkahwinan juga perlu diambil kira bagi pasangan pengantin..bayangkanlah jika anda (pasangan pengatin) tiada langsung duit simpanan..lagi2 bagi si jejaka yang telah lama hidup bersumpah setia dengan gadis idamannya..namun rombongan meminang tidak berkunjung jua pada si gadis akibat tidak mempunyai wang simpanan.Jika begitu mengapa bercinta..?mengapa memainkan hati si gadis jika anda sendiri belum bersedia untuk berkahwin....bukan semua gadis memandang pada nilai wang,cukuplah sekadar keikhlasan dan kejujuran dari jejakanya..itu sudah membanggakannya bukan....tidakkah anda melihat kisah Tiga Abdul dari Allahyarham P.Ramlee..takkala Abdul Wahub menikahi Mastura..biar pun susah,namun hati mereka senang dan bersyukur dengan kehidupan yang diberikan.bahagia bukan..:)

    Contoh bajet minimum yang dikeluarkan pasangan mempelai.



Buat si gadis..ciri2 bakal isteri yang digalakkan ialah :

  • Solat tidak tinggal.
  • Menutup aurat.
  • Tidak pernah berkapel.
  • Menjaga tingkah laku.
  • Pandai mengaji.
  • Tahu hukum agama.
  • Hafal al-quran.
  • Pandai memasak.
  • Pandai menjahit.


Alhamdulillah...Yeaaaaaaaaaaaaaayyyy...dah selesai..semoga ia menjadi pedoman buat diri kita,yg lemah itu dari diri saya sendiri dan yang baik itu datangnya dari Allah..Sekian..














Tiada ulasan:

Catat Ulasan