...KLIK DI SINI...

Khamis, 6 Februari 2014

pengakuan dari musuh nombor SATU!!

Assalamualaikum..

duhai pembaca- pembacaku yang dihormati lagi dikasihi sekalian,moga- moga kisah yang saya sampaikan ini dapat memberi penagajaran untuk kita semua.

     Nabi Muhammad s.a.w adalah seorang yang paling dihormati dan dipercayai oleh seluruh anggota masyarakat Quraisy baik sebelum dirinya diutus sebagai Rasul mahupun sesudahnya. Bahkan sebelum baginda menjadi Rasul lagi baginda telah memperoleh gelaran "Al- Amin" yang beerti orang yang dipercayai. Sebab baginda memperoleh gelaran itu tidak lain kerana peribadinya yang indah serta budi - pekertinya yang mulia lagi terpuji. Bahkan baginda itu anehnya bukan sahaja dianggap orang yang paling benar oleh para sahabat dan pengikutnya tetapi juga oleh musuh- musuh Baginda sekalipun Abu Jahal Bin Hisyam, musuh islam nombor satu, dan musuh nombor satu juga terhadap Baginda Rasul s.a.w.

      Pernah suatu hari datang seorang lelaki iaitu sahabat Abu Jahal, musuh islam yang paling ketat itu lalu bertanyakan kepadanya.

     "Ya Abal Hakam! Di sini tidak ada orang lain yang akan dapat memperdengarkan perbualan kita selain dari engkau dan aku.Maka itu aku ingin sekali bertanya sesuatu kepadamu tentang diri Muhammad itu.

Maka dijawab Abu Jahal:
"Sebutkanlah apa yang hendak kau tanyakan tentang diri Muhammad itu."
Maka lelaki itu meneruskan percakapannya.
"Ya Abal Hakam! Aku dapati ramai sungguh orang yang mempercayai percakapan Muhammad itu. Maka itu aku ingin tahu dari mulutmu sendiri, apakah Muhammad itu seorang yang benar atau pendusta?"
Betapa terkejutnya lelaki itu apabila ia dapati Abu Jahal menjawab pertanyaanya itu dengan pantas dan spontan sekali,katanya:
 "Demi tuhan! Sesungguhnya Muhammad itu orang yang benar dan dia tidak pernah berbohong sama sekali."
Demikian anehnya, satu- satunya kejadian dalam dunia ini seorang musuh ketat dengan terang- terang dan tanpa teragak- agak lagi mengakui bahawa lawannya itu seorang yang benar. Inilah satu- satunya keistimewaan  Nabi Muhammad s.a.w. Bginda dianggap benar sekalipun oleh musuh- musuhnya yang paling ketat sekali. Bahkan baginda seorang sahaja yang menikmati kurniaan seperti itu dari pihak musuh.







Tiada ulasan:

Catat Ulasan