...KLIK DI SINI...

Jumaat, 7 Februari 2014

cinta untuk suami takkan aku share..

salaam..
waah...gempak sangat tajuk hari ini kan..
iyaa..mestilah kene gempak, barulah tertarik menarik kebambomm orang nak baca..hee
okay...straight to the point..

Cinta yang bertandang di dalam hati kita adalah fitrah dan tak boleh kita elak walaupun hang suka ka..hang tak suka ka, hang kena suka. Tapi..apabila cinta disusuli pulak dengan tindak tanduk yang tidak diredai Allah ia akan bertukar menjadi fitnah..haa..bahaya kan..jadi perlu bijak mengawal diri kita dan pasangan..bercinta tak salah tapi ingat...be careful dear..
jangan sampai hubungan tu hilang barakah, hilang kemanisan dan paling membimbangkan kalau hubungan tu jadi hambar dan tawar.



Ingatlah teman- teman ku sekalian..
"Sesiapa yang jatuh cinta, kemudian menyembunyikannya hingga kematian datang menjemputnya, maka dia adalah seorang yang shahid"
                       (Riwayat Hakim ,Ibn Asakir, al- Dailami, dan lain-lain)

Seorang penyair arab berkata:
Cinta merupakan anugerah takdir,
Pertama kali datang terlihat bak air yang tenang,
Namun ketika seseorang yang bersangkutan menuruninya,
Tenggelamlah ia di dalamnya tak tergolong lagi.
Buat pembaca- pembaca ku yang sudah mempunyai pasangan hidup atau yang bakal melangkah ke alam perkahwinan, saya ada sedikit tip buat anda semua..



TIP MEMILIKI SYURGA DUNIA DI ALAM RUMAH TANGGA...in shaa Allah.

  • Menjaga keberkatan.
  • Memanjakan pasangan dengan paggilan yang disukai.
  • Selalu berkongsi rasa dan cinta.
  • Bersegera memenuhi permintaanya.
  • Setia mendampinginya.
  • Memberi penjelasan dan menuturkan kata-kata manis.
  • Bersedia mengubah perilaku atau tabiat kebiasaan yang tidak disukai pasangan.
  • Menghidupkan salam walaupun di mana jua anda berada..(walau dalam satu bumbung jugak berilah salam selalu,)
  • Sering mengukapkan perasaan cinta.
  • Tidak lokek mengucapkan terima kasih.
  • Bergurau senda dan bercanda, bermain dan bercengkerama.
  • Memuji, menghormati dan menyanjungi pasangan.
  • Mencipta syair atau puisi istimewa.
  • Memberi penghargaan dengan ikhlas.
  • Saling berkirim e-mel, SMS.
  • Memberi hadiah atau kejutan mengikut kemampuan yang penting pasangan gembira..
  • Berpisah sementara dan menikmati rindu.
  • Membantu pekerjaan rumah tangga.
  • Berhias.
  • Melayan dengan baik.
  • Memberi perhatian kepada keluarga mentua.
  • Memberi ucapan selamat jalan dan selamat pulang.
  • Memujuk pasangan apabila dia sedang beremosi.
  • Mencintainya sepenuh hati dan mempamerkannya.
  • Mengunjungi kerabat dan sahabat.
  • Mengambil berat ketika dia sakit.
  • Meminta pertolongan dengan cara yang baik.
  • Disiplin terhadap waktu.
  • Keseimbangan terhadap waktu ketika di rumah.
  • Berakhlak baik.
  • Berpada dan redha apa adanya.
  • Taat pada pasangan.
  • Menunjukkan contoh yang baik.

    Buat bakal suami..


    Kaulah kebahgiaanku tika di dunia,
    Kau juga kebahgiaanku tika di sana,
    Redailah diriku menjadi isterimu agar di sana kita dapat bertemu lagi,
    Dan bercinta lagi selamanya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan