...KLIK DI SINI...

Isnin, 10 Februari 2014

Salahkah aku miskin..?

 salaaam...

 ( Doa Baginda Rasulullah Saw)
"Ya Allah,
hidupkanlah aku sebagai orang miskin,
matikanlah aku sebagai orang miskin
dan bangkitkanlah aku kelak di hari kiamat
bersama kelompok orang miskin."
emm..salah tak kita miskin..?? miskin..?
a. miskin dengan harta..?
b.miskin dengan ilmu..?
c.miskin dengan budi bahasa..?
d.miskin dengan amalnya...?

Bagi pendapat saya miskin terbahagi kepada 4..dan miskin yang paling teruk adalah miskin kategori d. Dari amallah terhasilnya pahala yang akan membantu kita di akhirat sana kelak.


 a. miskin dengan harta..?
seperti yang kita semua tahu, dunia sekarang benar- benar menjadikan kita seorang yang butuhkan wang untuk hidup.Kalau tiada wang,..? Banyak perkara yang kita hendak lakukan pasti tergendala.Nak cari harta pulak perlukan ilmu,bukan boleh nak jadi kaya dengan berangan je.. ye dok..?
Tak salah miskin dengan harta cukuplah sekadar bekalan perjalanan hidup kita.

b.Miskin dengan ilmu..?

Nak cari ilmu perlu belajar,belajar dari siapa..?belajarlah dari orang yang berilmu.
belajarlah bersungguh- sungguh,jangan terus merendah diri dan jangan malu hendak bertanya,
Walau tak cukup ilmu tapi kalau tinggi budi bahasa,orang akan hormat kita,orang akan sayang kita,orang akan percaya kita dari orang yang tinggi ilmu tapi miskin dengan budi bahasa.
 Tak salah miskin dengan ilmu tapi salah sangat- sangat kalau kita yang hidup nie tak nak cari ilmu.

c.Miskin dengan budi bahasa..?

ohh..sangat ruginya kalau miskin dengan budi bahasa..

- miskin harta + kaya budi bahasa = orang sayang.
- miskin ilmu + kaya budi bahasa =orang sayang.
- miskin ilmu/miskin harta + miskin budi bahasa = susah orang nak sayang.


SITUASI 1:
Andaikan kita seorang kanak- kanak 5 tahun,sambil jalan- jalan nak pulang ke rumah, kita pun terserempak dengan uncle aiskrim yang tengah menunggang motorsikal..perghh...dengan panas terik kat malaysia nie,dah lah jalan kaki pulak tu..kan best kalau kalau dapat aiskrim satu,lalu kita pun tahan uncle tu..kita pun cakap..uncleee...nak aiskrim oren satu, uncle tu mestilah bagi, dah itu pelanggan dia..rezeki dia jugak..lalu kita pun ambil aiskrim tu dan berkata, terima kasih uncle tapi saya tiada duit..boleh tak uncle halalkan..?
jadi..rasa2nya uncle tu boleh terima tak jawapan kita..?
mestilah boleh terima,siap halal kan lagi..iyalah..kita kan budak2 lagi..dan sebab kita kecil- kecil lagi dah berbudi bahasa.

Dari situasi tadi,agak- agaknya uncle tu akan ingat tak kita..?mestilah, sebab kita seorang kanak- kanak yang berbudi bahasa. Kalau saya jadi uncle tu, saya mesti tertanya- tanya,siapalah ibu bapa budak tu..berbudi bahasa sungguh..!

Tak salah miskin budi bahasa tapi salah kalau tak tahu berbudi bahasa.

d.Miskin dengan amal..?

Dari Abu Hurairah r.a. bahawa Nabi Muhammad s.a.w bersabda: "Apabila seorang anak Adam mati putuslah amalnya kecuali tiga perkara : sedekah jariah (amal), atau ilmu yang memberi manfaat kepada orang lain atau anak yang soleh yang berdoa untuknya." 
(Hadith Sahih - Riwayat Muslim dan lain-lainnya)

Kesimpulannya..biar miskin di dunia asal jangan di akhirat kelak..Selagi kita msih bernyawa,selagi itu kita mempunyai peluang untuk meningkatkan harta,ilmu,budi bahasa dan amal.



akhir kata dari saya: Dunia- dunia jugak,amal ibadat jangan dilupa..:)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan